parasit

| Date: 2009/10/10 |
Photobucket

Inilah salah satu tumbuhan parasit eksotik yang berjaya menawan hatiku untuk aku memilikinya...

Photobucket

terima kasih kepada sahabat aku yang menghadiahkan aku pokok ini kepadaku...pokok yang dinamakan sisik ular ini cukup cantik pada pandangan mataku darisegi susunan daunnya yang nampak berseni..ada dua jenis lagi parasit hutan yang hampir sama seperti ini yang sahabat aku miliki iaitu pokok tali kasut dan ekor kucing..ke dua-dua ini juga turut menggoda mataku..namun dua spesis ini amat sukar diperolehi dan masih dalam proses pembiakan, aku masih menunggu untuk memiliki dua spesis ini dari sahabatku itu..

pokok yang aku perolehi ini jugak tidak aku simpan di rumahku..sebaliknya aku hadiahkan kepada ayahku..dan ayahku yang memang menyukai tumbuhan-tumbuhan eksotik seperti ini amat gembira bila aku meletakkannya di dahan berhampiran pokok tanduk rusa ayahku..ayahku sendiri belum pernah melihat pokok sisik ular sebelum ini...

2 comments:

TokNabe said...

Belum pernah tengok jugak tumbuhan sisik ular ni Tentu berbaloi memiliknya..... lawa

fysal said...

betui tok nabe...berbaloi memiliknya..ada 2 lagi spesis cam pokok ni jugak..ekor kucing dan tali kasut..yang itupun cantik jugak..

 
Copyright @ 2009 In My Life: parasit | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top