
Segalanya telah berlaku dan berlalu, hanya masa yang akan menentukan kita akan bertemu lagi..
pada 31 disember 2009, aku diberitahu oleh isteriku kerana mengalami perdarahan yang banyak, aku bergegas membawa isteriku ke Amanjaya O&G Specialist untuk melakukan pemeriksaan, Aku bersyukur ketika pemeriksaan dijalankan, anakku masih bernyawa dan jantungnya masih kuat berdegup. melalui pemeriksaan doktor pakar, tiada punca perdarahan aktif yang berlaku, perdarahan juga bukan berpunca dari rahim ataupun pangkal rahim ataupun bukaan pangkal rahim, perdarahannya begitu sedikit (slightly bleeding), doktor pakar memberikan isteriku sejenis ubat untuk menguatkan rahim, namun kesakitan yang dialami oleh isteriku masih berlarutan on & off sehingga 3 Jan 2010
pada 3 Jan 2010, jam 12.30 am, kesakitan yang amat kuat dirasakan oleh isteriku pada bahagian bawah perutnya, aku masih tidak mengesyaki dia akan bersalin pada malam itu, kerana tiada kontraksi berlaku pada bahagian perutnya. lebih kurang pukul 3 am isteriku di masukkan ke wad materniti Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai petani, Kedah.
pada 3 Jan 2010 jam 9.15 pm, isteriku menghantar mesej kepadaku keadaan kesakitannya semakin kuat, pada jam 10.00++ ibu mertuaku memaklumkan bukaan OS (bukaan pintu rahim telah terbuka sebanyak 2 cm). berderau rasanya hatiku apabila mendengar perkhabaran itu, terasa sebak di dada kerana aku dapat membayangkan keadaan anakku adalah amat mustahil untuk diselamatkan pada usia sebegini
pada jam 1 am++ bersamaan 4 januari 2010,setengah jam selepas anakku dilahirkan, isteriku memaklumkan anak kami telah tiada akibat kelahirannya yang tidak matang,
pada jam 6.15 pagi, selepas menunaikan solat fardu subuh, aku bergegas ke sungai petani dari parit buntar untuk mengambil jenazah anakku untuk di kebumikan di kampung kelahiranku di Parit Buntar, Perak.
ketika dalam perjalanan ke Sungai petani, ketika aku memandu seorang diri, kesedihan yang melanda tidak dapat menahan lagi air mataku dari mengalir keluar.
setibanya aku di hospital sungai petani, aku menatap wajah anakku buat kali pertama, kulitnya putih dan bersih, wajahnya juga sudah cukup sempurna sebagai seorang manusia. selepas selesai berurusan dengan jururawat yang bertugas dan menemui isteriku, aku bergegas keluar dari wad untuk membawa pulang jenazah anakku.
di luar perkarangan Hospital aku menemui ibu mertuaku dan adik iparku, aku memberikan ibu mertuaku menatap buat seketika wajah cucunya sebelum aku membawa jenazah pulang ke Perak.
setelah selesai di mandi dan di kafankan, solat jenazah di adakan pada pukul 12 tghhari di masjid Titi Serong yang di imamkan oleh ayahku sendiri, semasa dalam perjalanan mengusung keranda anakku ke tanah perkuburan, aku perlahankan langkahku kerana aku merasakan setiap saat dan waktu yang ada untuk aku bersamanya adalah cukup terhad dan begitu berharga..
sepanjang hari anak ke duaku pergi mengadap ilahi, anak sulongku iqah tiba-tiba mengalami demam panas yang amat kuat, walaupun tidak dapat menggambarkan perasaannya, namun di raut wajahnya, aku mengerti akan perasaannya pada ketika itu yang turut terasa akan kehilangan adiknya. aku juga tidak dapat menahan kesedihan apabila aku berseorangan membaca Yasin pada hari itu, terutama sekali semasa hendak menghabiskan 2 ayat terakhir di dalam surah Yasin, di mana ayat yang berbunyi "kun faya kun" yang jelas membawa maksud, sekiranya berkehendak sesuatu perkara itu terjadi, maka jadilah ia..ketika hendak menghabiskan bacaan ayat itu..aku tersangkut beberapa kali untuk membaca ayat itu kerana tidak dapat menahan tangisan kesedihan di atas perpisahan ini, Iqah yang masih berusia 2 tahun mungkin tidak mengetahui mengapa aku menangis, tetapi suara halusnya turut berbunyi " abah angis..abah angis.."
selepas aku menghayati beberapa kali maksud bacaan ayat ke dua terakhir di dalam surah Yasin itu, akhirnya aku dapat menerima hakikat, tiada apa aku ada di dunia ini melainkan semuanya adalah milikNya, tiada perkara yang boleh terjadi di dunia ini jika tidak mendapat keizinan darinya.
di kesempatan ini, aku mengucapkan jutaan terima kasihku yang tidak terhingga terutama sekali kepada ibu dan bapa ku yang memudahkan urusan pengebumian jenazah anakku, terima kasih abah, kerana menyedekahkan sedikit kain ihram hajinya untuk di jadikan kain kapan kepada anakku, kepada abang man yang membantu menyampaikan maklumat kepada saduara maraku juga amat acai hargai..
kepada adik beradikku, yang majoritinya bertugas sebagai guru di hari pertama persekolahan pada hari itu, acai juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada abang lee, dan abang Man yang turut serta dalam solat jenazah untuk anak acai walaupun sibuk di sekolah ketika hari pertama pendaftaran murid pada hari itu, tak lupa juga kepada kak ina, yang sanggup berangkat pulang dari ipoh pada hari itu.
terima kasih ku kepada para jemaah masjid titi serong, jiran tetangga yang hadir, adik beradikku dan sepupuku yang hadir, tidak dilupakan kepada ibu mertua dan adik iparku, anggota unit bersalin dan wad materniti Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani,
tidak dilupakan kepada sahabat blogger, msjbox dan rakan sekerjaku yang menghantarkan ucapan takziah, melalui pelbagai medium, aku ucapkan terima kasih kepada anda semua, aku mendoakan selamat dan sejahtera ke atas anda semua...
mood aku dah mula pulih hari ni untuk aku kembali menulis, dan akupun sudah mula kembali bertugas pada malam tadi untuk menjalani kehidupan seperti biasa, aku bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan kekuatan hati untuk menghadapi dugaan ini dengan tabah dan redha....
with love memory-Mohd Fainurdin Bin Mohd Faisal, 1.00 am-1.30 am 4.01.10 bersamaan 18 Muharam 1431 Hijrah..Al-Fatihah..
Lyrics | Plankeye lyrics - Goodbye lyrics

4 comments:
Takziah skli lg bt 5sal sekeluarga..
Moga tabah dan pasrah dlm menjalani ujian drNYA...sesungguhnya setiap yg berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya..
Take care Intan..kena juga berpantang mcm org bersalin,ada rezki insya'allh dpt zuriat lg ye...
Al-Fatihah...
Salam Fysal.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Memang tak terkata sakitnya bila kehilangan anak...
Al-Fatihah buat adik Fainurdin. Moga di akhirat kelak dia akan membimbing Fysal & Intan masuk ke syurga...
salam fysal
sekurangnya jiwa aank mu suci bersih untuk mendoakan mu di syurga kelak...
BroFramestone Blog
sori la xdpt nk kol utk brtanya khabar. a/way, setiap yg brlaku ade hikmahnya...semoga ade rezeki lg. aminnn
Post a Comment