aku terbaca artikel mengenai Lan A to Z di dalam pancaindera baru-baru ni..kesianpun ada, simpatipun ada, namun begitulah suratan takdir yang perlu ditempuhinya,
Darjat
Beza antara kita
Rupa darjat dan harta
Sudikah kau terima
Bukan niat di hati
Betapa kumerinduimu
Hati dan naluri
Seharusnya kau tahu
Betapa kemerinduimu
Kekasihku...
Punah hasrat di minda
Untuk hidup bersama
Pabila kau tiada...
Masa berlalu jua
Aku tiada terdaya
Biarlah kurasa...
Seharusnya kau tahu
Betapa kemerinduimu
Kekasihku...
Maafkan diriku ini
Tiada rela jua jadi begini
Tika cinta kian bersemi
Oh relakanlah kupergi...
jika dilihat pada lirik lagu nyanyiannya seolah-olah seakan sama yang berlaku pada hidupnya, cuma yang pergi meninggalkan keluarganya bukanlah dirinya, sebaliknya isterinya..aku pun malas nak ulas panjang-panjang tentang kehidupan peribadi orang lain, cuma dari cerita Lan, segala kemewahan dan kebahagian bersama keluarganya bagaikan diragut sekelip mata, sudah adat di dunia, ada masanya di atas, dan ada masanya di bawah, cuma mesej yang ingin aku kongsikan di sini, ibuku selalu berpesan, biarlah kita sentiasa beringat ketika Allah memberikan sedikit rezeki yang lebih kepada kita supaya senang di kemudian hari..
ini habuan Lan, habuan aku tak tahu lagi sebab kita tidak boleh menduga apa yang akan berlaku pada diri kita di masa hadapan, aku juga sering membayangkan bagaimanakah kiranya suatu masa tuhan akan mengambil semula segala nikmatnya yang diberikan kepadaku, kerana tiada apa yang mutlak di dunia ini milik kita, melainkan kita meminjamnya dari yang Maha Esa..
Kepada Lan, tabahkan hati dalam menempuh segala ujian yang melanda, bersabarlah dengan apa yang sedang Lan lalui kini..sentiasa berfikiran positif dengan memikirkan, mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku kini..