Pokok Buah letup

| Date: 2007/09/10 |
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Lupakan seketika tentang ulasan kekalahan pasukan Perak, kali ini aku nak bercerita tentang apa yang aku temui di kampungku di Perak ketika pulang bercuti baru-baru ini, ketika aku berjalan-jalan di sawah belakang rumahku, aku ternampak satu rangkaian pokok yang dinamakan sebagai pokok buah letup tumbuh meliar di tepi sawah,
untuk pengetahuan, masa aku kecil-kecil dahulu, inilah sejenis pokok hutan yang tumbuh meliar yang sering aku kutip buahnya untuk di makan, isinya kecil dan halus seperti biji selasih yang selalu kita temui dalam Laicikang.. rasanya manis apabila buah ini sudah masak. warna buah ini apabila masak ianya akan berwarna kuning ke orengan seperti warna kuning telur.

Mungkin tidak ramai yang mengetahui spesis pokok ini pada masa sekarang, lagipun pokok ini tidak pernah di tanam orang kerana pokok ini seringkali tumbuh meliar di kawasan semak berhampiran rumah aku. ia hanya sejenis tumbuhan liar....itulah yang dinamakan sebagai buah letup

5 comments:

sitilina said...

itu kalo kat kampung kami namanya pokok ulat bulu. kecik2 dlu suka makan buah dia. hehe.

Mama Shahmi said...

seronok sangat tengok gambar ni. Suka letup-letupkan bila ikut atuk gi kebun. Argh rindunya zaman kecik-kecik.

Fauziah said...

buah fevret masa kecik dulu

fysal said...

bagi sesetengah orang yang x tahu mungkin menyangka pokok ini seperti semak yang tumbuh tidak memberi apa-apa makna ajer

TokNabe said...

Nama kt kg asal saya panggil buah ulat bulu, penah jadi buah santapan masa zaman bebudak dulu kalau merayau dalam semak.

 
Copyright @ 2009 In My Life: Pokok Buah letup | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top