Sate Tandori

| Date: 2007/09/14 |


Kemeriahan Ramadan kali ini diserikan dengan berita Isu semasa mengenai isu harga Ayam yang dikatakan naik mendadak akibat desakan peladang yang menternak Ayam.
fenomena ini seolah-olah cuba menanguk di air yang keruh, tahulah gaji kaki tangan awam dinaikkan dalam tahun ini, tapi apakah maknanya kepada mereka yang masih berpendapatan bawah dari seribu sebulan terutama sekali mereka yang berkhidmat di sektor swasta..pastinya keseimbangan penawaran dan permintaan di pasaran tidak akan berlaku kesan dari fenomena ini. hari ni di Langkawi krisis kekurangan ayam sudah mula berlaku, jika di lihat di market, semakin ramai perniaga-perniaga ayam tidak lagi menjual ayam, begitu juga peniaga-peniaga ayam tandori di pasar ramadan, semalam berniaga, hari ini aku lihat sudah tertutup rapat gerai mereka kerana tiada ayam yang hendak di jual. kalau di semanjung harga syiling yang telah ditetapkan adalah Rm 6 bagi sekilo ayam, tetapi di Langkawi, harga sekilo ayam mencecah kepada RM 7, aku faham kenapa peniaga di sini memboikot ayam dari peladang, ini kerana tuntutan dari peladang yang sudah meningkat atau dalam erti kata lain, sudah pandai demand..

tak hairanlah, kami pengguna takkan matilah kalau tak makan ayam sebulan, kalau perniaga memboikot penternak untuk membeli ayam dari ladang, mereka juga yang akan rugi, ini kerana ayam yang diternak di ladang mempunyai tempoh masa tertentu sebelum ayam mereka di jual, sekiranya dalam tempoh tersebut ayam mereka tidak dapat dijual, mereka juga akan berdepan dengan risiko berat ayam yang akan menurun, dan jika mereka perlu menambah berat badan ayam ter sebut, mereka perlu memberi ayam mereka makan, dan ini pasti akan meningkatkan lagi kos dan merugikan penternak. cukuplah kalau kita boikot diorang dalam 2 minggu, mereka pasti akan menanggung kerugian, dan bagi mengelakkan kerugian, mereka pasti akan menjual juga ayam mereka walaupun dengan harga yang murah..


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

walaupun dalam seminggu ni dapur di rumah aku tak berasap (masing-masing sibuk bekerja) sate ayam Tandori tidak akan aku tinggalkan setiap kali menjelang ramadan :D

* mesej hari ini :- satu-satunya perkara yang apabila ianya meningkat dan tidak akan turun-turun adalah harga barangan dan makanan selain dari umur kita....





2 comments:

TokNabe said...

Walaupun ayam mahal...nak boikot dah memang susah, yang tersepit sebenarnya pengguna nak beli ke tak. Nak beli ikan kadang2 lebih mahal dari ayam. Bab sate tandori emmm..memang nampak lazat.

arsaili said...

aa..few dys ago baru makan chicken tandoori so dok imagine rasanya cam chicken tandoori..ehehe

 
Copyright @ 2009 In My Life: Sate Tandori | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top