Tag Bulan Puasa

| Date: 2007/09/27 |
Sebagai memenuhi kehendak dari pereka tag kali ni, aku siapkan jugak tag yang dibuat oleh adik topek kita ni mengenai kenangan dibulan ramadan sejak zaman kanak-kanak hinggalah sekarang.

tahun 1990 :-

Tangkap Ayam :-

Masa tu arwah Tok ada membela ayam kampung, setiap kali aidilfitri akan menjelang, malam itu aku dan abang-abang aku yang lain akan menangkap ayam yang sedang tidur di atas pokok mangga berhampiran rumahku

Menolong memasak makanan Tradisional :-
masakan seperti dodol, ketupat, dan pelbagai lagi makanan tradisional melayu setiap hari raya suatu masa dahulu dilakukan secara bergotong royong oleh sepupu dan saudara maraku, kerja aku cuma ambil bahagian jadi pengacau ajer masa tu


tahun 1993-

Main Mercun:-
masa tu aku rajin ikut kawan-kawan abang aku berlatih nasyid di sekolah Kebangsaan Titi Serong, selesai ajer latihan, bermulalah perang mercun diantara kami di belakang sekolah, mercun yang cukup popular kami mainkan masa itu, ialah mercun damar atau mercun papan selain dari mercun mancis dan juga mercun lada, yang seronoknya mercun lada tu siap baling membaling sesama kami lagi tu, tapi takderlah sampai cedera dan cacat anggota atau buta mata kami ketika bermain.

Solat Terawih :-

tahun tu jugak tahun yang cemerlang bagi aku menunaikan solat terawih sebanyak 20 rakaat di Masjid Tebuk Hj Musa, mana taknya, sesiapa yang berjaya memenuhi syarat menunaikan solat terawih 20 rakaat selama 30 malam akan diberikan saguhati duit raya dan juga sehelai kain pelikat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Aidilfitri.

Tahun 1994 :-

Main Game TV :-
masa tu video game mula diperkenalkan di kampung aku oleh seroang kenalan abang aku, Rosham, boleh dikatakan setiap hari sepanjang bulan puasa itulah aktiviti kami pada setiap petang sementara menanti waktu berbuka.

Pasang Pelita :-

pasang pelita pada 10 malam terakhir ramadan memang salah satu aktiviti wajib di kampung aku pada masa itu, tapi aku lebih suka meronda-ronda sekitar kampung untuk melihat susunan pelita di rumah-rumah orang lain yang di susun mengikut pelbagai corak dan kreativiti.


tahun 1997

Main Meriam Buluh :-
masa zaman ni, Ramli merupakan sahabat aku yang banyak mengajar aku tentang dunia meriam ni, memang kuat dentuman meriam yang dicipta oleh Ramli, bukan nak cakap besor, tapi kenapa budak-budak yang main meriam selalu dapat kemalangan, sebab diorang tak menitik beratkan soal keselamatan. Ramli mengajar aku kalau nak main meriam buluh ni, setiap ruas buluh itu mestilah di ikatkan dengan dawai dan getah tayar basikal dengan kuat agar buluh itu tidak pecah apabila letupan meriam dilepaskan.

Tahun 1999 :-

Memukat Burung :-

Aktiviti aku di bulan ramadan masa ni dilakukan di tengah sawah setiap kali selesai menunaikan solat sunat terawih, yang jadi berani nak memukat burung ni sebab orang kata bulan ramadan ni hantu iblis dah tak der.

tahun 2007 :-

berpuasa dgn isteri dan anak sulong aku, tahun ini merupakan kali pertama aku dapat menyambut Ramadan bersama isteri dan jugak anak sulongku dengan penuh bermakna..

Itulah serba sedikit kenangan aku disepanjang bulan ramadan sejak dari zaman aku kanak-kanak hinggalah ke hari ini..

2 comments:

Abang Long said...

Rasanya, ada banyak lagi perkara yang begitu nostalgia didalam hidup kita.

nuu_OL said...

yeahh yeahhh thahun ni mesti bro fysal paling happy sebab beraya dgn baby...sy tumpang gembira:)

 
Copyright @ 2009 In My Life: Tag Bulan Puasa | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top