Dari Selekoh aku Menulis

| Date: 2007/10/17 |
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Inilah tempat baru aku bertugas kini, diam tak diam dah hampir dua minggu aku bertugas di sini, yang nyatanya pengalaman aku bertugas di sini dan di hospital adalah amat berbeza sekali, tanggungjawab yang harus aku pikul juga berat, segala aset perlu aku jaga dan pantau, begitu juga dengan anggota yang berada dibawah organisasiku, pendek kata, akulah boss kat sini dan aku jugalah kuli, tapi walaupun peranan aku sebagai ketua di dalam klinik ini, perinsip aku tetap sama seperti apa yang dilaungkan oleh Pak Lah, "bekerjalah bersama-sama dengan saya dan bukannya bekerja kerana saya,"

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

jalan mini tar ini merupakan lorong menuju ke kediaman aku dan juga staff yang lain, jarak dari Klinik ke kediaman aku lebih kurang 200 m juga. Satu lagi cabaran yang aku hadapi di sini yang tidak aku temui di hospital adalah bertugas di luar waktu pejabat atau lebih mudah dikenali sebagai oncall duty, mungkin kalau semasa aku di hospital aku tidak bertugas di dalam duti oncall ini setiap hari selama seminggu, tetapi di sini aku hanya mengharapkan seorang jururawat yang akan membantuku sekiranya ada kes oncall semasa aku tiada di klinik..terasa juga kebebasan aku dalam tempoh 24 jam terhalang kerana duti ini, selepas sahaja aku tamat bertugas bermula dari jam 8.00 am hingga ke pukul 5 pm, sekiranya masih ada lagi kes-kes kecemasan yang berada di bawah liputan klinikku selepas itu, aku terpaksa merawat dan membantu mereka terutamanya bagi kes-kes kecemasan sama ada kritikal atau separa kritikal, even kalau pukul 3 pagipun, aku kena layan juga sekiranya pesakit datang mengetuk pintu rumah aku..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

teratak yang aku diami kini (insyaAllah, isteriku juga akan menyusul selepas tamat tempoh dia berpantang). Apapun perkara yang boleh aku katakan seronok di sini adalah rakan-rakan sepasukan yang bertugas bersama-samaku di sini, mereka memang banyak membantu aku yang masih di dalam keadaan samar-samar (terutamanya menyentuh bab pengurusan dan pengendalian reten klinik), Alhamdulillah, aku boleh katakan, anggota pasukan yang berkhidmat di sini memang ada semangat kerja berpasukan yang tinggi..itu yang membuatkan aku bersemangat untuk bertugas di sini. InsyaAllah, selama aku berada di sini, aku akan cuba lakukan yang terbaik untuk berbakti kepada masyarakat di sini

1 comments:

Anonymous said...

semoga gembira bertugas di tempat baru. :)

 
Copyright @ 2009 In My Life: Dari Selekoh aku Menulis | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top