Patah

| Date: 2007/11/26 |
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

ALhamdulillah, akhirnya isterku telah dapat juga menyewa sebuah Rumah Di Taman Nesa, Selama, Perak dengan kadar Rm 200 Sebulan. Insya Allah aku akan menyusuri ke rumah itu secepat mungkin kerana kasihan kepada isteriku yang tinggal seorang diri di sana bersama anakku yang masih kecil lagi..Semua ini bergantung atas kehendak dan ketentuan Ilahi, yang penting aku akan cuba sebaik yang mungkin dengan ikhtiar aku untuk tinggal sebumbung serumah bersama isteri dan anakku di sana.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
adakah absoberku tidak mampu lagi menahan berat badanku seberat 82 kg ini??cis!!durhaka punya Shock Absober....




Beginilah nasib musafir jalanan seperti aku, sudahlah terpaksa berjauhan dari anak dan isteri sejauh 212km dari tempat aku bertugas, semalam aku diuji pula dengan Shock Absober kanan kereta yang patah ketika aku berada di Taiping, ketika itu aku baru sahaja memulakan perjalanan aku dari Selama ke Taiping sejauh 45 km, ketika kejadian jam sudah menunjukkan pukul 7.10pm. agak mustahil untuk aku mencari bengkel Aksesori pada hari Ahad (yang rata-ratanya tutup pada hari itu) dan juga faktor waktu ketika itu...
aku terpaksa memandu di dalam keadaan penuh risiko sejauh 167 km dari Taiping untuk sampai ke Selekoh. cuba bayangkan memandu di dalam keadaan alignment tayar yang sudah lari sedikit ke kiri di samping terpaksa menahan kesan hentakkan ketika melanggar bonggol atau lopak, semua ini amat menyeksakan dan memeritkan buatku. Alhamdulillah juga, akhirnya aku selamat jua sampai ke destinasi yang aku tuju tanpa sebarang masalah, nampak gayanya besok aku menerbangkan Rm dari poket aku sekali bagi menggantikan absober aku yang telah patah itu....

4 comments:

TokNabe said...

Salam 5sal..

harap cepat le dapat bertukar tu, kesian org rumah dgn baby tu dok berjauhan.

ish..ish...absober patah? jarang berlaku tu...hehehe terlebih berat ke bro. Mmg takut le memandu dlm keadaan tu, berisiko. Dah betulkan ke? mesti kopak sikit poket tu tapi tak pelah baru gaji hehehehe...

fysal said...

itulah Tok Nabe, mcm tau2 ajer kereta kita ni sekrg tgh Gaji...

fysal said...

dalam proses menghantar borang tukor..doake' ambo cepat2 dapat tukor

echah_syed said...

cian dia..dugaan ni !!

 
Copyright @ 2009 In My Life: Patah | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top