Pengalaman

| Date: 2007/11/07 |


Apa yang aku nak kongsikan di sini bukan tujuan aku untuk mengaibkan sesiapa, jauh sekali untuk menghina mereka, tetapi inilah pengalaman, pengalaman yang mengajarku erti kehidupan.

Jika selama 2 tahun sebelum ini aku berkhidmat di Hospital Langkawi aku sudah biasa bertemu dengan dua orang pesakit Istimewa yang pekak dan bisu, bagi aku itu tidaklah menjadi masalah yang besar kerana kedatangan mereka akan ditemani oleh seseorang yang arif dan mahir dalam menggunakan bahasa isyarat sebagai perantara untuk aku berbicara dengan golongan pesakit istimewa tersebut.

Namun hari ini, aku berdepan dengan seorang pesakit di sini yang bisu dan pekak, tetapi tidak ditemani oleh sesiapapun yang arif dan mahir dalam berbicara menggunakan bahasa isyarat. nak geleng kepalapun tak kena juga masa tu, kononnya nak tunjuk macholah. dia menunjukkan isyarat kepada ku dia mengigil dan batuk-batuk..aku pula mula terpikir mcm mana aku nak tahu jangkamasa demam, batuk dan selsemanya bermula..aku tunjukkan jam dan menunjukkan isyarat jariku seolah-olah menunjukkan hari ini..nasib baik dia faham soalan dariku, dia menganggukkan kepalanya mengatakan dia mula demam dan batuk2 sejak hari ini. sambil memusing2kn jari telunjukku di kepala, aku bertanya kepadanya adakah dia mengalami pening, dia juga mengikuti apakah isyarat yang aku lakukan tadi sambil mengiyakannya, fahamlah aku dia juga mengalami pening. aku mengambil bacaan suhu badannya memang menunjukkan dia sedang demam, memang betullah apa yang cuba disampaikan olehnya kepada aku sebentar tadi. setelah selesai semuanya, dalam hatiku berharap agar mudah-mudahan aku tidak tersilap mendiagnos pesakit tadi. aku merawat dia berdasarkan aduan utamanya dan simptom-simptomnya sahaja. selebihnya aku berserah kepada Allah Taala. mudah-mudahan pesakit aku tadi akan segera sembuh,

bila memikirkan keadaan yang menimpa aku tadi, aku sedar, betapa aku ini berada di dalam kekurangan yang amat nyata, mungkin selama ini aku tidak pernah terfikir yang aku mungkin akan berdepan dengan situasi begini hari ini, Banyak perkara lagi yang perlu aku belajar dalam dunia ini tanpa aku sedari...

0 comments:

 
Copyright @ 2009 In My Life: Pengalaman | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top