
E
ntah mengapa ada masalah pula dengan ucoz, jadi terpaksalah aku menulis enteriku kali ini di dalam blogger semula. kalau tak dah lama dah aku update cerita masa aku masuk hutan baru-baru ini, so tengok2lah gambar-gambar yang sempat aku ambil semasa aku berada di dalam hutan 3 hari yang lalu

baca doa selamat sebelum memulakan perjalanan

dah mula kena dengan trek mencabar,kawasan berlopak dan menjadi laluan air, memang sukar jugak nak melepasi halangan pertama ini

kena pulak halangan pokok balak tumbang.

halangan seterusnya, melepasi jurang dari tebing yang terhakis, kena buat jambatan balak yang di bina dari 6 batang balak.

alhamdulillah, semua pacuan 4 roda berjaya melepasi jambatan buatan sendiri ini..

dah sampai ke tapak perkhemahan..

tapak perkhemahan mesti berhampiran sungai..itu yang penting untuk membasuh, mandi dan memancing..

sempoi tempat ni, memang cantik permandangannya

ni koleksi gambar rama-rama yang aku temui di sekitar kawasan ini

ini spesis apa ntah

yang aku tahu ini rama-rama warna perang

hari kedua, pagi-pagi yang sejuk, basuh beras di pinggir sungai..tak tahan...sejuk...

lepas membasuh beras, memancing pulak di tepi sungai...

ada jugak yang dapat keli sungai..ha ikan tengas yang paling besar tu aku dapat..kenapa??tak percaya??majoriti spesis yang ada di sini adalah dari spesis tengas, Kelah..susah bang nak jumpa..spesis yang semakin terancam..

goreng pun sodap....

di hari ketiga..inilah spesis pokok tongkat Ali..(habis Ali tak booleh nak berdiri sebab dah takde tongkat)

tengok betul-betul daunnya macammana..takut ada yang silap ambik pokok pulak lepas ni..

inilah bentuk akar tongkat ali yang pahit rasanya..

bersiap-siap nak balik..

mendengar taklimat dari tuan presiden

bergambar ramai-ramai sebelum keluar hutan

cuba korang teka apakah pokok yang besar ini (jawapan paling senang orang kata pokok balaklah ni)

tapi inilah pokok damar, di mana getah dari pokok ini digunakan sebagai gam kayu untuk menampal kebocoran pada sampan orang dulu-dulu..

berhenti di tepi jalan besar selepas berjaya keluar dari belantara


bergambar sebelum berpisah, kerana ada meneruskan perjalanan ke air Ganda untuk bermalam satu malam lagi di sana, kami yang ada kerja terpaksa pulang awal..

gambar permandangan pekan selama dari atas bukit di laluan ke jalan Ijok
apapun..memang best join dengan aktiviti esktrem ini, insyaAllah, kalau diberi peluang, aku akan turut sertai lagi program sebegini
3 comments:
welcoem back ke blog nie bro he..23x
xpenah dgr pun tpt ni tp nice place. full of green.
nama tempat ni Ulu Lawin..dalam beberapa kilometer lagi nak sampai ke Pekan Grik..perak masih banyak tempat2 yang menarik untuk diterokai..hutan dara yang masih cantik dan mencabar...
Post a Comment