Misteri Wanita Berkebaya Merah
S
udah ada dua kejadian kemalangan yang berlaku di Sungai Petani, Kedah, yang mengaitkan ianya dengan kemunculan seorang wanita berbaju kebaya merah. mari kita baca petikan dari akhbar kosmo mengenai kejadian ini...
'Wanita kebaya merah' nyaris bawa maut
Oleh OTHMAN YAHAYA
othman.yahaya@kosmo.com.my
SUNGAI PETANI - Gara-gara terkejut ternampak kelibat 'wanita berkebaya merah' melintas jalan, seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara dekat Sungai Lalang di sini kelmarin.
Walaupun bernasib baik tidak kehilangan nyawa selepas kereta Perodua Kancil miliknya remuk teruk, pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Chan, 51, kebingungan memikirkan tragedi itu.
Semasa kejadian pukul 6.45 petang, Chan yang telah berkahwin dalam perjalanan pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya di sini selepas melawat keluarganya di pekan Ko'bah, Pendang.
"Semasa tiba di selekoh berhampiran susur keluar plaza tol itu, hujan renyai-renyai dan saya menaikkan cermin tingkap.
"Pada masa sama, seorang wanita muncul dari celah pokok bunga yang ditanam di kiri jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga menampak betis sambil tersenyum memandangnya.
ini kisah pertama yang berlaku..
_______________________________________________________________________
ini pula kisah kedua yang berlaku..
ORANG ramai melihat lori yang terjunam jatuh dari Lebuh Raya Utara-Selatan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi, Sungai Petani semalam.
SUNGAI PETANI - Siapa wanita berkebaya merah yang melintas jalan hingga menyebabkan seorang pemandu lori parah manakala kelindannya cedera ringan apabila lori yang dipandu terbabas sebelum menjunam jatuh dekat kawasan Taman Perumahan Taman Keladi semalam.
Ketika kejadian pukul 8.15 pagi itu, pemandu lori terbabit, Mohd. Sobri Shaari, 42, dan kelindannya yang dikenali sebagai Atan, 37, sedang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam menuju ke Bagan Ajam, Butterworth.
Menurut Atan, ketika kejadian dia sedang berbual dengan Mohd. Sobri berkaitan dengan seorang wanita yang ditemuinya di Bagan Ajam.
"Ketika rancak bercerita, Mohd. Sobri tiba-tiba menekan brek lori sambil mengatakan ada seorang wanita berkebaya merah melintas di tengah jalan di Kilometer 105.8, Lebuh Raya Utara-Selatan.
"Oleh kerana ketika itu lori dipandu agak laju, Mohd. Sobri hilang kawalan menyebabkan lori terbabas sebelum menjunam jatuh dari ketinggian 10 meter ke atas sebatang jalan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi," dakwanya semasa ditemui di tempat kejadian semalam.
Sebelum ini Kosmo! pernah melaporkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbalik ketika cuba mengelak daripada melanggar seorang wanita berkebaya merah yang melintas jalan di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara, berdekatan Sungai Lalang.
_________________________________________________________________
Pada aku..siapakah wanita yang mereka maksudkan??..adakah dia seorang pesakit mental??atau adakah ia benar-benar jelmaan makhluk halus yang cuba menakutkan kita?Aku nak cakap besarpun tak berani jugak, sebab aku jugak kerap melalui jalan ini ke rumah mertuaku, Harap Allah Taala sentiasa melindungi dan merahmati perjalanan kami sekeluarga untuk tiba ke destinasi dengan selamat..Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
huhuhu... hantu kebaya merah... siang2 pun duk kacau orang yerk... nanti ada yang tunggu dia kuar tau la...
ala iblis syaitan ni bukan nak kira waktu shay...siang2pun klu diasyaitan nak usik..diasyaitan akan usik juga (diasyaitan ganti nama diorang sebab mereka bukan orang sebab tu aku gunakan istilah diasyaitan)
ops mesti ada pertanda yang ingin disampaikan kot...
selalunya macam tulah yang kita dengar..kononnya ruh arwah si mati x tenteramlah..nak tuntut belalah..semua itu maina iblis untuk menyesatkan umat manusia ajer tu
adakah wanita berkebaya merah dalam blog ni terlibat dalam kematian tu fysal..?
oh itu cuma hiasan saja..ambik cilok dari yahoo search BD
bahaya tu bro! jgn bwk laju2, kalo jumpa buat2 x nampak je! jangan pandang belakang!!!....huhu
insyaAllah..mudah2an di jauhkan dari mala pertaka ini..thanks for your advice
awek sekolah sp1 tu..
awek sp2... sp 1 x ramai
Post a Comment