dapat portfolio Tugasan Baru

| Date: 2009/05/23 |
Photobucket

S
ebut aje unit forensik semuanya pakat tak mahu..alasan rumah jauh..seram nak datang oncall klu ada kes pukul 2-3 pagi (hmmm boleh terimalah alasan ni)alasan ada anak kecik di rumah..( hmmm alasan nipun relevan jugaklah)..jadi setelah difikirkan..aku sanggup memikul tanggungjawab ini demi tanggungjawab fardu kifayah di kawasan aku berkhidmat

Photobucket

so welcome to my new department..forensic department, aku di lantik bertugas di sini bagi menggantikan seorang sahabat aku yang berpindah ke Kedah pada 16 Mei lalu, walaupun aku bertugas di unit ini, aku masih bertugas di jabatan hakiki ku di Jabatan Kecemasan Hospital Selama, tidak seperti di HKL, GH penang atau Hospital SUltanah Tunku Bainun, Ipoh, Penolong Pegawai Perubatan Khas akan di tempatkan dua atau tiga orang di unit ini, macam aku di hospital Daerah kecil ni terpaksa menjalankan khidmat guna sama untuk bertugas di dua unit dan jabatan pada masa yang sama, aku tak kisah walaupun cuma di bayar sebulan RM 100 aje untuk bertugas di unit ini, tapi kerana minat, sebab itu aku suka memilih bidang ini, apa yang penting aku akan cuba mencari dan membuktikan kepada mereka yang mati akibat terbunuh atau teraniaya akan dibela nasib mereka dan menghukum mereka yang bersalah di dunia ini walaupun jasad mereka mereput di mamah waktu..sebab itu siri TV kegemaran aku ialah rancangan CSI,

Photobucket

jenazah islam ke atau mayat bukan islam ke, yang penting menguruskannya adalah tuntutan fardu kifayah ke atas diriku, apa yang penting, mayat perlu dihormati dan diuruskan dengan sebaik mungkin sebagaimana orang yang masih hidup

Photobucket

melihat-lihat lokasi peralatan di simpan

Photobucket

apakah kita akan merasai untuk terbujur kaku di sini??tiada siapa yang tahu akan kesudahan kita sama ada berakhir di atas katil, atas tanah, atas air atau di jalanraya???

Photobucket
ini paper tahun bila ni??diorang tak double check ke spelling maya tu..maya ke mayat??



2 comments:

shay said...

ada buat bedah2 macam CSI tu ke...

fysal said...

bergantung pada kes shayz..x semua kes juga dibedah..haram menyeksa mayat..bedah siasat ini harus dilakukan atas perintah penguatkuasa undang-undang aje

 
Copyright @ 2009 In My Life: dapat portfolio Tugasan Baru | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top