Terima Kasih Kak Yah
setiap bertemu pasti ada perpisahannya...
bulan lepas merupakan bulan terakhir mak ( panggilan manja iqah terhadap pengasuh yang menjaga dia sejak dari kecil )mengasuh iqah, pada bulan ini, Mak akan berpindah keluar dari daerah Selama dan aku terpaksa mencari pengasuh baru untuk iqah,
banyak perkara yang membuatkan aku rasa terhutang budi terhadap jasa dan budi baik mak yang sudi menjaga iqah selama aku tidak bersama isteriku sebelum ini sehinggalah aku kembali bertugas bersama-sama isteriku di sini, dari umur anakku berusia 3 bulan sehinggalah anakku berusia 2 tahun 2 bulan....banyak perkara-perkara asas yang baik untuk iqah lakukan dalam hidup ini berjaya mak serapkan kepadanya..
semoga mak akan terus mengingati iqah di sini, insyaAllah, setiap kali kami melalui jalan di hadapan rumah Mak, pasti iqah tidak akan lupa menyebut " umah Mak" beberapa kali...sebab iqah masih mengingati dan mengenang jasa dan budi baik mak terhadap iqah walaupun usianya masih muda di usia 2 thn di dunia ini.. terima kasih sekali lagi Mak...jasa dan budi baik mak hanya Allah taala sahaja yang dapat membalasnya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment