In My Profile

| Date: 2006/01/01 |
Mohd Faisal Bin Ishak
berasal dan membesar di negeri Perak Darul Ridzuan
Lahir pada 13 Nov 1983 jam 9.15 pagi di Hospital Parit Buntar.
Pendidikan awal ku bermula di Sekolah Kebangsaan Titi serong (1990-1995)
Pendidikan Sekolah Menengah di Sekolah Menengah Ugama Al-Tahzib Titi Serong dan mengakhiri SPM ku di dalam aliran Sastera (1996-2000)
Pernah bertugas sebagai tukang cat di Kilang Pembuatan Lori Boon Koon Simpang 9, Nibong Tebal selama Sebulan (2001) dan bertugas sebagai tukang cuci di Kantin USM Transkrian selama Sebulan (Mei 2001) . Memulakan pengajian di dalam kursus Consumer Elektronic & Information Technology di Pusat Latihan Perda Bukit Panchor, Penang selama 1 tahun (Jun 2001- Jun 2002).
Mendapat tawaran mengikuti Kursus Diploma Sains Perubatan Asas di Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta selama 3 tahun (Julai 2002-Julai 2005).
Penempatan pertama ku semasa dilantik menjadi Pembantu Perubatan adalah di Jabatan Kecemasan Hospital Langkawi dan berkhidmat di sana selama 2 tahun (1-9-2005-4-10-2007)
kini sedang bertugas di Jabatan Pesakit Luar di Klinik Kesihatan Selekoh, Selekoh Perak selama empat bulan (8-10 sehingga ke Hari ini) dan di dalam proses pertukaran untuk bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Selama.

Photobucket
Berkenalan dengan pasangan hidupku semasa sama-sama bertugas di Hospital Langkawi (Dec 2005) dan mengikat tali pertunangan pada Mac 2006, Selamat diijab kabulkan pada 24 Dec 2006.
Photobucket

Di kurniakan Seorang puteri sebagai penyeri hidup kami pada tanggal 17 Sept 2007.


Penghasilan blog ini adalah untuk menulis catatan perjalanan kehidupanku semata-semata, Selain itu, ianya juga berfungsi untuk aku mencari kenalan dan sahabatku yang telah lama terpisah sejak dari alam persekolahan lagi, disamping mencari kenalan baruku dari dunia blog ini.. aku bersikap terbuka dan senang di dekati sama ada di dalam blog atau di luar blog. bersikap neutral dan tidak terlalu bersikap optimistik dalam menjalinkan persahabatan..akhir kata, kepada yang senang dengan kehadiran aku di sini, aku mengalu-alukan kehadiran anda dengan tangan dan pintu yang terbuka, kepada yang tidak menyenangi atau tidak boleh menerima kehadiran ku di sini, satu ajer aku yang aku nak ungkapkan.."datang tidak diundang, nak keluar tak dihalang"...Selamat melayari kehidupan suka dan duka catatan harianku di sini di dalam "in my life"

0 comments:

 
Copyright @ 2009 In My Life: In My Profile | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top