HYpeRemEsiS Gravidarum

| Date: 2007/02/16 |

hari ini adalah hari yang penuh kegelisahan bagi diriku.....isteriku terpaksa di masukkan ke wad
kerana mengalami Hyperemesis yang teruk,



rungsing juga fikiranku memandangkan keadaan isteriku yang masih lemah terlantar di katil, selera makannya langsung tiada..

barulah aku mengerti mengapa Allah tidak mahu langsung memberikan syurganya untuk anak yang menderhaka khasnya kepada ibunya. bukanlah sesuatu yang mudah untuk seseorang ibu itu melahirkan seorang anak bumi ini....benarlah kata alim ulamak, walau beribu tahun seorang hamba Allah itu sujud beribadah, sekali menderhaka kepada ibunya, adalah kekal untuknya api neraka..

kepada Mrshai dan sahabat msjbox yang lain, semoga terhibur dengan msjbox bowling yang berlangsung pada 3/3/07
maafkan aku mr shai, aku rasa memang aku tidak dapat menghadirkan diriku pada tarikh berkenaan memandangkan cutiku dibekukan kerana ada banyak acara yang akan berlangsung di Langkawi, ditambah pula keadaan isteriku yang tidak mengizinkan..sampaikan salamku kepada mereka yang hadir..

doakan agar keadaan isteriku sentiasa berada dalam keadaan selamat sejahtera dan segera pulih dari hyperemesis ini


0 comments:

 
Copyright @ 2009 In My Life: HYpeRemEsiS Gravidarum | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top