SAREX SAMUDERA

| Date: 2007/03/21 |
Hari ni aku sibuk dengan tugasan latihan mencari dan penyelamat atau Sarex (Search And Rescue Excercise) yang melibatkan jabatan laut dan maritim,
senario yang dilakonkan hari ini adalah menyelamatkan sebuah feri penumpang yang MELETUP (BOM KEBABOOOO) di perairan Kuala Kedah ke Langkawi..mangsa dianggarkan seramai 100 orang, dan maklumat awal yang aku perolehi melibatkan mangsa yang parah seramai 5 orang



aku mengetuai pasukan medical rapid response team 1 yang akan ke jeti serta merta sebaik sahaja yellow alert di maklumkan oleh pihak pengarah, seterusnya apabila red alert dimaklumkan oleh pengarah MRRT 2 akan menyusuli pasukan aku di jeti..



Bantuan tambahan akan disusuli oleh MRRT 3 sebaik sekiranya mangsa yang mengalami cedera parah masih memerlukan bantuan paramedik tambahan dan bantuan ambulan untuk di bawa ke hospital.



Alhamdulillah segala latihan hari berjalan lancar dengan bantuan pihak BOmba, Polis, jabatan Laut Malaysia, maritim malaysia, dan JPA 3 yang turut sama menjayakan latihan SAREX SAMUDERA pada kali ini..



dalam banyak2 mangsa yang berlakon ada seorang sahaja mangsa yang betul2 mengalami keadaan yang memerlukan bantuan rawatan kecemasan, mangsa mengalami pening-pening dan hampir pitam mungkin kerana suhu yang terlalu panas ketika latihan diadakan.



Sekiranya keadaan sebegini benar-benar berlaku, ianya akan di anggap sebagai bencana kecemasan..

0 comments:

 
Copyright @ 2009 In My Life: SAREX SAMUDERA | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top