Wadai Kepeng

| Date: 2007/04/13 |


Mungkin makanan ini tidak begitu popular bagi sesetengah orang kerana makanan ini lebih popular dikalangan orang Melayu banjar seperti aku, Wadai kepeng ini merupakan satu "desert" yang sering kali dihidangkan setiap kali ada majlis keramaian seperti majlis doa selamat, kenduri arwah, kenduri kahwin dan juga kenduri cukur jambul di dalam masyarakat melayu banjar. Aku pasti kalau tanya orang banjar tentang menu ini pasti mereka akan tahu mengenainya, tetapi jika ada yang kata tidak tahu, mungkin ada aku boleh meanggap dia orang banjar "rakai".
Wadai Kepeng ini diperbuat daripada tepung beras, gula merah dan santan. adunan tepung beras yang digunakan akan digentel berbentuk bulat, apabila dimasak, tepung beras yang digentel tadi akan menjadi liat dan enak dikunyah seperti mengunyah gula-gula getah, kuah wadai kepeng ini adakalanya lebih enak jika dimasukkan sedikit isi dari buah durian sebagai perisa tambahan.
Setakat ini ibuku masih lagi tahu cara untuk membuat wadai kepeng ini, dek kerana minat dan suka memakannya, akak ipar aku yang berdarah campuran bugis juga sanggup mempelajari resepi ini dari ibuku, kini akak iparku juga sudah mahir menyediakan menu ini sama seperti ibuku.
Kalau korang yang masih belum pernah mencuba menu ini, cuba2lah turun sekali sekala di majlis2 keramaian orang banjar di kampung, aku tak pasti sama ada orang banjar di bandar masih lagi menyediakan menu ini atau tidak, tapi yang pasti selalunya aku jumpa menu ini disediakan di kebanyakkan kampung-kampung pendalaman yang di huni oleh orang banjar.

*RAKAI- satu istilah dalam banjar membawa maksud rosak, rosak di sini lebih memfokuskan kepada sifat hipokrit sesetengah orang banjar yang lupa pada adat dan budaya keturunan mereka,
ps/ buat apalah nak malu dengan keturunan sendiri, kerana kita tetap kita. budaya dan adatlah yang membezakan identiti keturunan kita dari orang lain, islam sebagai panduan dan jalan hidup. rambutku hitam tetap hitam, tidak akan perang atau cokelat kecuali putih apabila tiba masanya

4 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum...
boleh x saya nak mtk resepi wadai kepeng. ada org mtk saya buatkan tp saya bkn org banjar. mtk tlg sgt2...tlg yer...tima kasih.
-nur-

Anonymous said...

lupa nak bg awk email add saya. nnti awk tlg emailkan saya resepi tu ye. dream_lover27@hotmail.com
sory sbb susahkan awk.. -nur-

Unknown said...

aduh nyaman an ya aii.. dpt makan wadai kepeng ini..slalu klau ada kduri xsah klau xde... sedap bebanar nak meng ulah pon kadak ngalih..

Unknown said...

aduh nyaman an ya aii.. dpt makan wadai kepeng ini..slalu klau ada kduri xsah klau xde... sedap bebanar nak meng ulah pon kadak ngalih..

 
Copyright @ 2009 In My Life: Wadai Kepeng | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top