from Nilai

| Date: 2007/04/06 |


Pertama kali sampai ke bandar Putra Nilai ni aku cuak jugak, nampak sunyi dan sepi ajer bandar ini seperti tiada penghuni, mula-mula akupun heran juga mengapa mesyuarat peringkat negeri ini di lakukan di sini, sedangkan yang hadir adalah dari seluruh negara, aku ada juga terdengar suara-suara di belakang aku yang tidak berpuas hati dengan suasana dewan konferen kami bermesyuarat, ini kerana hotel Allson tidak mempunyai dewan konferennya di bangunan hotelnya sendiri, sebaliknya kami menggunakan dewan konferen yang juga milik Hotel Allson di seberang jalan yang disewa di deretan rumah kedai. memang nampak daif ajer mesyuarat kali ini, tapi disebalik kekurangan itu, rupa-rupanya baru aku teringat, Putra Nilai ini berada tidak jauh dari bandar Nilai 3, ada juga tempat yang nak dituju untuk melihat barangan pelbagai jenis yang dijual secara borong di sana.Sempat juga shopping

Mesyuarat kali ini menampakkan betapa kritikalnya penjawatan Pegawai (gred F41) dan Penolong Pegawai sistem Maklumat (F29) di dalam KKM, jadi aku syorkan kepada sesiapa yang berminat dan mempunyai kelulusan Diploma atau Ijazah dalam bidang Teknologi Maklumat cuba-cubalah memohon di dalam SPA8 untuk mengisi kekosongan penjawatan ini.



sebenarnya aku dan Hassan (juru X-ray Hospital Kulim) adalah diantara pegawai yang memangku tugas penolong Pegawai Sistem maklumat kerana hospital Langkawi dan Hospital Kulim masih belum mempunyai 'post' untuk penjawatan ini.




Balik dari Nilai aku singgah sebentar di Seri Kembangan untuk mengambil Kakak ku, Kak Ilah di sana, selepas itu aku singgah bermalam di rumah Kakak ku, kak ina di Bidor, Perak. seronok juga melayan telatah anak-anak buahku yang comel2 ni.


0 comments:

 
Copyright @ 2009 In My Life: from Nilai | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top