Kondo Istana Pulak

| Date: 2007/04/02 |
jam menunjukkan tepat 12.19 pagi, mata masih belum terasa mengantuk, bukan apa, rasa gemuruhpun ada, rasa takutpun ada, semua ini kerana perbentangan projek kajian yang kami jalankan sempena Hospital Specific Apporach yang akan dibentangkan oleh kumpulan kami pada hari ini, Kumpulan aku yang menwakili hospital Langkawi di ketuai oleh Dr Selahuddin, di ikuti ketua editor projek Dr Asyif disamping Puan Natrah (pegawai farmasi), aku dan juga Sn Zaiton..
Sebenarnya konvensyen pada kali ini memasuki fasa ke 3 selepas kami menyelesaikan kajian kami pada peringkat fasa pertama dan fasa kedua di Sg Petani. Konvesyen ini bermula pada petang semalam, 5 buah hosptal telah membentangkan projek kajian HSA masing-masing semalam.



awal pukul 8.30 pagi ini, perbentangan kumpulan ke enam akan dibentangkan, dan hospital Langkawi akan membentangkan projek HSA kami selepas itu,


3 dari keseluruhan hospital di negeri Kedah akan dipilih sebagai mewakili JKN Kedah ke peringkat negeri sekiranya projek kajian HSA yang dijalankan terbaik darisegi persembahan dan isikandungan kajiannya.

Pada petang ini juga, aku akan meninggalkan Pulau Langkawi untuk pulang mengambil keretaku di kampung kerana aku akan bertolak dari kampungku di Perak ke KL dan seterusnya ke Nilai negeri Sembilan untuk menghadiri mesyuarat ICT yang sepatutnya diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC)..
ohh tak lupa..ada ole-ole khas dari langkawi aku nak kasi kat chot di KL nanti..(rahsia chot, jgn kasi tau kat orang lain)..dalam dua minggu ni, aku memang sibuk tahap maksima dah ni...



ps:- apasal kisah bekas pengetua Kolej aku naik jadi Pengarah Hospital tak dapat liputan media atau akhbar yer??bagi aku ini merupakan satu pembahruan dalam KKM dan buat pertama kalinya dalam sejarah organisasi KKM pengarah hospital yang dilantik bukan dari kalangan Doktor yang berkelulusan MBBS, cuma basik dari diploma Pembantu Perubatan dikalangan paramedik ajer..sekurang-kurangnya aku masih berasa bangga dengan pencapaian yang diperolehi di dalam profesion yang aku ceburi ini.. yang aku herannya heboh di muka akhbar kisah mawi laloklah, kahwin cerai artislah dan bermacam-macam lagi kisah yang tidak menaikkan semangat motivasi langsung dikalangan pembaca..

0 comments:

 
Copyright @ 2009 In My Life: Kondo Istana Pulak | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top