Biskut 3 malam

| Date: 2007/07/10 |

Biskut ni aku namakan sempena bahan asas yang aku gunakan dalam resepi ini, iaitu kuning telur dari telur yang siap direbus. Kenapa 3 malam, memang sudah termaktub sejak dari dahulu kala lagi, mana-mana anggota perkhidmatan awam di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia, akan mendapat 4 biji telur ayam sebagai imbuhan pada setiap malam bagi mereka yang bertugas pada shif malam, kebiasaannya kami akan bertugas selama 3 malam dan jumlah telur yang akan kami perolehi adalah sebanyak 12 biji bagi minggu pertama di dalam 3 malam. Kadang kala, jumlah minggu aku ini akan terkumpul kepada 3 minggu berturut-turut, adakalanya aku akan mendapat sejumlah 36 biji telur ayam sekali gus, bila dah dapat dalam jumlah sebanyak ini, adakalanya terlalu mustahil untuk aku menghabiskan telur sebanyak ini sebelum tiba masanya telur ini akan menjadi kemuruk (busuk). Kadangkala aku nasihatkan isteriku agar sedekahkan sahaja telur ayam yang dia perolehi kepada mereka yang bertugas dalam waktu normal (waktu pejabat ) kerana kadangkala jumlah telur yang aku terima sudah cukup untuk kami berdua gunakan untuk beberapa minggu sebelum mendapat telur ayam baru. sempena aku mendapat telur ayam selepas 3 malam aku bertugas shif malam inilah, aku namakan biskut ini BISKUT 3 MALAM

Ok berbalik kepada resepi ini,

Bahan-bahan utama yang aku gunakan adalah:

Bahan-bahan utama yang aku gunakan adalah:

  • 6 biji telur ayam yang siap direbus (ambil kuningnya sahaja)
  • Satu cawan mentega / marjerin
  • Satu cawan gula aising
  • 170 g atau 6 oz Tepung Gandum
  • 170 g atau 6 oz Tepung Jagung
  • Satu sudu teh Baking Powder
  • Satu sudu teh esen vanilla

Cukup mudah dan boleh di hafal bahan-bahan untuk membuat biskut ini. Semudah menghafal ABC

Cara-caranya.

Mula-mula masukkan tepung jagung, gula aising, kuning telur yang telah direbus dan lenyekkan bersama mentega, esen vanilla dan juga baking powder ke dalam bekas adunan. Adunkan kesemua bahan-bahan ini sehingga sebati, kemudian, masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum ke dalam bahan adunan tadi sehingga menjadi doh.

Selepas itu, pilihlah acuan yang kita suka dan susunkan di atas dulang pembakar. Bakar pada kepanasan suhu 180 c selama 4-5 minit sehingga kekuning-kuningan.


Sebenarnya, ntah mimpi apa isteri aku tiba-tiba pula mengidam nak makan biskut raya, aku kata mana nak dapat biskut raya waktu-waktu begini, yerla kan raya lambat lagi. Mahu tak mahu, aku terpaksala mencari semua bahan-bahan untuk membuat biskut ini di pasaraya, nasib baiklah bahan-bahan ini mudah untuk aku perolehi, apapun demi isteri dan jugak anakku yang masih lagi berada di dalam kandungannya. Asalkan anak dan isteriku sihat sepanjang tempoh kehamilan ini sudah cukup memadai buat diriku.


_____________________________________________________________



taniah buat adik bongsu aku, topek (mohd Taufik B Ishak/bukan topek skinchan plak) yang baru sahaja melapor diri untuk mengikuti kursus diplomanya di JMTI (Jepun Malaysia Teknikal institut) di Bukit Tengah, Penang semalam. abang harap Pek akan terus berjaya di dalam kursus yang adik ceburi di sana, mana tau untung-untung pas ni boleh buat degree pergi jepun. boleh jugak belajar sambil melancong kat sana..Taniah pek

6 comments:

pauhputik said...

pergh terer ar bro leh wat biskut raya. nanti raya hujung tahun nie leh la tempah ngan bro. hahaha.

p/s: gue doakan semoga isteri bro n bakal anak yang nk lahir tuh akan sihat selalu.

Anonymous said...

wah..untungnya intan dpt ko 5sal...aku doakn kebahagian korang hingga ke syurga.

raya nie leh r aku cuber2 wat resepi biskut ko nie.

Aiden Reez said...

Wow...

Banyak dapat telur ayam free.. Camni tak payah gie pasar beli telur... Everytime, mesti ade...

:)

Apesal cam ade yang hangus biskut tu? Heheeeee... Tertido ye sampai tak sedar biskut dah masak...

Ngidam? Wahhh... Cam ade tanda nak dapat sorang lagi... Heheheeeee...

Tahniah buat Topek...

:)

fysal said...

yang hangus tu silap skit setting temprature masa mula2 aku nak bakor biskut ni,,selamat mencuba mass
thanks matju kerana mendoakan kesejahteraan buat isteri dan anak ku

Anonymous said...

mcm klaka je boleh plak ada dpt telur ayam ek dr tempat keje. wah untungnyer wife dia dapat suami mcm fysal ni sanggup berperang di dapur wat kuih raya lagi hehe! bagus2. so sweet :) semoga isteri n kandungan sentiasa sihat ye :)

Ina

Anonymous said...

aku baru tau pasal telur2 nie...heheeh..

 
Copyright @ 2009 In My Life: Biskut 3 malam | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top