musim Durian

| Date: 2007/07/11 |

Buah Durian cukup sinonim sebagai identiti negeri Perak, umpama budu yang tidak dapat dipisahkan dengan negeri Kelantan.

Digambarkan suatu masa dahulu, orang boleh hidup mewah di negeri Perak melalui hasil jualan buah durian ini, seperti kata Os di dalam nyanyian lagu nya, " bila musim durian, yang tua naik haji ke Mekah, yang muda gatal nak bernikah,"

Selain itu, Mr Os juga menggambarkan kehidupan pada zaman dahulu di dalam lagu nyanyiannya, " kalau pengusaha dusun durian ini mula menikmati musim buah durian, mereka juga tidak kisah kalau nak action atau dalam erti kata lain, nak belagak, sebab apa nak takut, duit banyak, nak tampar orang ke, nak tengking orang ke, tak takut, saman boleh bayar, (seperti yang aku terjemahkan dari bahasa loghat Perak Kuale di dalam lagunya)."

Begitulah betapa tinggi nilai buah durian suatu masa dahulu, namun kini durian mengalami zaman kejatuhannya, tambahan pula pelbagai buah-buahan import yang sudah dikormesial di negara ini umpamanya longan dan juga buah naga. Aku dengar di semenanjung durian di jual sekilo RM 2 ajer sekarang, tapi nilai sekilo durian yang dibawa dari tanah semenanjung ke dalam pulau Langkawi ini masih lagi mencecah sekilo Rm4, semalam aku dapat membeli 3 kilo buah druian yang dibawa dari Kuala Kangsar di sini, terubat juga rindu aku nak merasa durian Perak di Langkawi ini. Maklumlah, di sini kebanyakkannya durian dibawa dari Thailand, kualiti buah mereka berbanding dengan buah dari negara kita adalah amat berbeza sekali. lebih sedap buah durian dari negara kita lagi berbanding dari siam. Moh kito dengar lagu dari nyanyian Mr Os mengenai buah Durian ini..aku pun dah lama tak dengor lagu ni..


5 comments:

Anonymous said...

adehhh cantiknyer durian tu! tak abis2 lg citer psl durian rupanyer fysal ni. terseksala mcm ni msk blog ni. nak cabut laaa! hehe ;)

Ina

Anonymous said...

Cedapnya!!

Kat Sabah...durian tu adalah..cuma tak semeriah kat semenanjung. Yang ada pun..kecik2. Tak kenyang perut I :D

Aiden Reez said...

Adehhhh...

Durian lagi!!!! Larriiiiiiiiiiiiiiiiii......

P/s:-
Bukan penggemar durian.... :D

TeacherNunu said...

wahhhhhhh..durian duriannnnnnnnnn :)

Anonymous said...

Assalamu'alaikum Fysal,

Ape kabar ni?Sihat ke?
Kapan nak kirimkan durian tu ke Batam?

Saye nanti..hehe

Wassalam

 
Copyright @ 2009 In My Life: musim Durian | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top