Buah Pupor@dendang

| Date: 2007/07/31 |


Mungkin bagi sesetengah orang agak sudah biasa melihat buah ini, mungkin sesetengah orang tak pernah dengar atau tahu mengenai buah ini, buah ini pernah aku perkenalkan semasa aku di dalam dunia blogdrive dulu, dan klu orang luar tak pernah kenal atau tahu buah ini memang aku tak hairan sangat sebab buah ini hanya boleh ditemui dengan harga sekilo RM 2 di Langkawi sahaja, kalaupun di tanah semenanjung yang tahu akan pokok dan buah ini, mungkin mereka yang berada di Grik, Perak mungkin sudah biasa menemui buah yang dinamakan Pupor ini.

Buah ini mempunyai isi dan rasa yang 100% sama dengan buah Rambai..kalau korang nak buat perbandingan rasa, cuba tutupkan mata orang yang diuji, kemudian berikan dia rasa buah pupor dahulu dan selepas itu berikan pula dia merasa isi buah rambai, pasti orang diuji itu tidak dapat membezakan yang manakah rambai dan yang manakah buah pupor. sebenarnya buah pupor ini berwarna merah seperti di bawah.

Baru-baru ini, 4 orang pesakit mengadu mengalami gatal2 dan bengkak mulut akibat memakan buah pupor ini. waris pesakit itu membawa buah ini sebagai sampel kepada kami, bagi aku yang tidak mengalami alahan pada buah ini memang suka menikmati buah yang dibawakan oleh pesakit tersebut untuk dihabiskan :D . Hati-hati sebelum memakan buah ini jika anda alah kepada buah ini. kepada yang ingin mencuba buah ini, kalau datang ke Langkawi sekarang, memang kena pada masanya sebab sekarang musim buah ini sedang berbuah dan dijual di pasar malam di dalam Langkawi...


5 comments:

zura lias said...

akak rase mcm penah tgk tp x penah lak dgr name buah pupor ni..ehehhe..nak iras macam buah staq pun bleh..hikss..

mass said...

x perna lak dengar nama buah pupor @ dendang neh. Klu buah jentek2 rs mcm buah nie gak. cma iras2 buah rambaikan? tp ada beza skit buah nie kecik skit bbanding buah rambai. Tp rasanya hampir sama kan?

umie said...

Macam pernah makan je buah nie (ingat2 lupa) tapi rasa dia mmg macam buah rambai kan?? tapi umie tak tahu la orang kampung umie panggil buah nie ape..

fysal said...

jentik2 tak sama mcm rambai..buah pupor ni besar mass besar sedikit dari buah rambai..

Jie said...

bkn jentik2 la syg oiii...tu anak nyamuk..he he he

buah jentik je...kakjie ade makan dlm 2-3 bulan lepas..tp buah jentik tu kaler kuning...

ni spisis rambai la kot...

 
Copyright @ 2009 In My Life: Buah Pupor@dendang | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top