kena jugak

| Date: 2007/07/16 |

Selama dua hari terlepas dari panggilan bertugas atas panggilan, malam tadi aku terkena jugak, memang semalam aku oncall, tengah seronok baru nak berbual dengan isteri tiba-tiba pula telefon aku berbunyi pada pukul 9.30 pm memanggil aku bertugas di atas panggilan untuk membantu rakan-rakan setugasku yang sibuk di jabatan, nasib baik tidak ada kes yang perlu di rujuk ke Hospital Alor Star pada malam tadi.

Selain menanggung tugas hakiki (perawatan klinikal), aku juga terpaksa menanggung beban kerja tambahan menyelia kawal unit telemedicine, Unit ini sepatutnya di isi oleh jawatan PPSM (Pen. Peg. Sistem Maklumat F29 atau PSM/Peg. Sistem Maklumat F41), tapi aku rasa aku tak lama di unit ni sebab aku akan berpindah tidak lama lagi..mungkinkah tahun hadapan, InsyaAllah..

Ketika aku pulang ke rumah malam tadi setelah selesai bertugas, aku rasakan suasana malam tadi begitu indah sekali, hujan turun renyai-renyai ketika aku menyusuri jalanraya yang lembab
diiringi dengan cahaya lampu neon yang suram-suram terang di tambah lagi dengan dendangan lagu fiona Apple yang aku mainkan di dalam keretaku ketika memandu sehingga tidak tersedar aku sudah berada di parking kereta di rumahku..

Buah-buahan kiriman rakan setugas aku di jabatan, PPK Md Noor, memang sedap rambutan yang dibawanya, isinya tebal dan bijinya nipis. terima kasih md Noor dengan sumbangan buah yang diberikan

4 comments:

mass said...

5sal tuh buah duku ke buah langsat? konpius la wajah kedua-dua buah nie.

chot said...

wah ternampak gaya seorg pekerja yg berdidikasi...

fysal said...

dukong tu mass,

sebenarnya aku dah serabut kepala dgn beban kerja yang makin bertambah-tambah ni tau chot

Reez said...

Tugas juga satu ibadah... Lakukannya sebaik mungkin walaupun adakalanya ia terlalu berat buat diri kita...

Sedapnye tengok buah2an tu...

:D

 
Copyright @ 2009 In My Life: kena jugak | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top