Kekuasaan Allah

| Date: 2007/07/14 |
PULAU PINANG 19 Feb. – Seorang isteri yang berang kerana suaminya dikatakan hendak berkahwin lain, bertindak menjerut leher dua anak mereka yang masih kecil sehingga mati dalam satu kejadian menyayat hati di Bayan Lepas, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, suspek yang berusia 30 tahun dipercayai menjerut leher dua anaknya, Muhammad Aliff Haqimi, 5 tahun 7 bulan dan Muhammad Aliff Hazmi, setahun 5 bulan, ketika mereka nyenyak tidur.

Difahamkan, selepas menjerut leher dua anaknya, suspek menyelimutkan mayat mangsa sebelum si suami pulang ke rumah kira-kira pukul 11.45 malam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Hatta Md. Zin berkata, siasatan awal mendapati dua kanak-kanak itu dijerut dengan wayar seterika.

Katanya, mayat dua kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan terbaring di atas katil di salah sebuah bilik tidur di rumah berkenaan.

Menurutnya, sebelum kejadian, suspek dikatakan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada suaminya sambil mengugut hendak membunuh dua anak mereka, jika si suami yang berusia 28 tahun itu enggan pulang segera ke rumah.

Bagaimanapun apabila SMS itu tidak berbalas, kemarahan si isteri semakin tidak terkawal lalu menjerut leher dua anaknya hingga mati di rumah mereka di Flat Taman Indah, Lebuh Batu Maung, Bayan Lepas.

‘‘Namun begitu, si suami tidak membalas SMS tersebut dan hanya pulang ke rumah kira-kira pukul 11.45 malam,’’ katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Menurut Hatta, sampai di rumah, si suami terus masuk tidur dan tidak mengetahui apa yang telah terjadi kepada dua anaknya itu.

‘‘Pada pukul 7.40 pagi ini sepasukan polis dan Unit Forensik bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan daripada jiran keluarga terbabit,” katanya.

Difahamkan suami suspek yang bekerja sebagai pemandu lori hanya mengetahui dua anaknya dibunuh sewaktu polis tiba ke rumah berkenaan untuk menangkap si isteri.

Beliau berkata, ekoran kejadian itu, polis kini menahan suspek dan suaminya bagi membantu siasatan kes bunuh berkenaan.

Katanya, mayat dua beradik itu telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

Menurut Hatta, kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati.

Ini adalah kejadian kedua melibatkan pembunuhan anak oleh ibu atau bapa dalam tempoh seminggu apabila 14 Februari lepas, seorang bapa menjerut leher dua anaknya selepas dikatakan berselisih faham dengan isterinya.

Dalam kejadian di Villa Angsana, Sentul, Lee Tian Siang, 39, yang tertekan selepas gagal memperoleh Ijazah Kedoktoran (Ph.D) ditemui mati akibat meminum bahan pencuci lantai selepas menjerut leher dua anaknya, Lee May Shan, 9, dan Lee Wei Shan, 7.

Sementara itu, Pakar Patologi HPP, Datuk Dr. Bhupinder Singh berkata, dua kanak-kanak itu disahkan mati ekoran sesak nafas akibat dijerut.

Katanya, kedua-dua mangsa telah mati 12 jam sebelum mayat mereka dibawa ke HPP untuk bedah siasat.

Dalam pada itu, jiran suspek memberitahu, kira-kira pukul 6.45 pagi ini suspek datang ke rumahnya sambil menangis tanpa henti.

‘‘Dia datang ke rumah tapi tak cakap apa-apa... cuma menangis dan kemudian mengajak saya ke rumahnya.

‘‘Saya tanya lagi kenapa dan apa yang terjadi... dia jawab, saya tak tahu apa yang saya buat... anak-anak saya sudah tiada,” ujarnya.

Menurut jiran itu, dia mengucap panjang sejurus melihat keadaan mayat dua beradik itu yang kaku lalu mengambil kain dan menutup mayat tersebut.

Katanya, dia kemudian menyuruh suspek mandi dan mengambil wuduk dan meletakkan surah Yasin pada kepala salah seorang mangsa.

‘‘Saya kemudian memberitahu suami saya yang terus menelefon pihak polis,” katanya.

Sementara itu, jenazah dua beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Batu Maung selepas waktu Asar hari ini.

- Utusan Malaysia

salah satu keratan akhbar mengenai kekejaman ibu kandung yang membunuh anak sendiri, bandingkan berita di atas ini dengan tayangan video yang aku selitkan di bawah ini. apa pendapat anda???




Kekuasaan Allah membuktikan kasih sayang itu adalah satu anugerahnya yang tidak ternilai harganya, seekor harimau bintang sedang memburu seekor babun, namun kekejamannya terhenti apabila melihat babun yang dibunuhnya itu mempunyai seekor anak babun yang kecil dan lemah yang masih lagi berpaut erat pada tubuh ibunya ketika dibunuh oleh harimau itu, kerana sifat kasih sayang dan kasihan kepada anak babun itu, harimau bintang itu tidak memakan ibu babun itu, begitu juga anak babun itu juga tidak dibahamnya bahkan dilindunginya dari ancaman dubuk (hyena) yang cuba mengambil kesempatan untuk mendapatkan anak babun itu, kita mengandaikan haiwan ini pasti akan membaham mangsanya jika sudah tersedia di depan matanya, namun video ini membuktikan kekuasaan Allah yang maha penyayang lagi maha mengasihani di mana haiwan yang sepatutnya menjadi habuan sang harimau itu tidak dimakannya bahkan sanggup pula harimau itu menjadikan anak babun itu sebagai anak angkatnya..video ini membuatkan kita berfikir sedalam-dalamnya, adakah kita layak bergelar khalifah kerana diberikan akal atau lebih hina dari haiwan di atas yang tidak diberikan akal yang cuma mempunyai otak...
.Menurut kata-kata alim ulamak terdahulu seperti mana yang dibacakan di dalam kitab-kitab lama, jika kiamat semakin hampir tiba, haiwan pembunuh seperti singa juga takut untuk membunuh dan membaham rusa di depan matanya.

___________________________________________________________________






seluruh Makhluk Allah tidak pernah putus dari menyebut dan memuji nama Allah setiap hari..bukti yang jelas seekor burung gagak di dalam video di atas yang menyebut dengan jelas nama Allah dan juga video singa di bawah yang juga memperdengarkan sebutan Allah dengan begitu jelas



renungkanlah setiap kejadian di dalam video yang dipaparkan di atas....

3 comments:

Anonymous said...

ee.. tersentuh sungguh baca entry kali ini. terima kasih kerana sudi berkongsi. it's a real eye-opener for me.

Aiden Reez said...

Begitulah dunia sekarang dimana manusia yang hidup diatasnya sentiasa melakukan kejahatan dan kemungkaran... Lantas, ia menyedarkan kita bahawa kita sudah menghampiri penghujung zaman...

Jika kita hidup berlandaskan nafsu yang semestinya mudah dipengaruhi dan dikuasai syaitan, inilah akibatnya... Rata2nya tidak dapat mengawal emosi lalu bertindak diluar batasan... Akibatnya, orang yang tidak berdosa menjadi mangsa... Bila tersedar, mula menyesal!...

Semoga kisah begini menjadi iktibar dan pengajaran buat kita semua...

Thanks for this entry..

Unknown said...

sungguh bermakna entry yang ini. tersentuh naluri keibuanku...

 
Copyright @ 2009 In My Life: Kekuasaan Allah | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top