Amaran Tsunami

| Date: 2007/09/13 |

kira-kira seawal pukul 8.40pm aku mendapat maklumat dari IPD Kuah yang memaklumkan terdapat satu kejadian gempa bumi di perairan Sumatra kira-kira 8.00 pm semalam, gegaran turut dirasakan di sekitar kawasan Pulau Langkawi pada malam tadi, Pengarah HOspital Langkawi pula telah mengaktifkan kod " Yellow Alert " kepada semua Staff di hospital Langkawi untuk bersedia jika sebarang kemungkinan berlaku sebaik sahaja berita diterima, " code Blue " akan diaktifkan sekiranya bencana Tsunami benar2 berlaku di perairan indonesia dan Malaysia. Aku pula berada di dalam kebimbangan sekiranya code blue diaktifkan, kerana aku akan di panggil bertugas pada bila-bila masa sahaja sekiranya Tsunami benar-benar berlaku di perairan negara kita. Itulah cabaran dan dugaan yang aku rasakan di hari awal ketibaan ramadhan sebaik sahaja fajar Syaaban berlabuh pada waktu Maghrib semalam. Alhamdulillah, selepas jam pukul 11.00 pm, aku mendapat tahu amaran tsunami yang di keluarkan oleh repubulik Indonesia telah di tarik semula, kira-kira Jam 11.25 pm, Pengarah Hospital Langkawi memaklumkan " Yellow Alert Stand Down".

Kita renungkanlah, tidak semua orang dapat menyambut Ramadan yang mulia ini kegembiraan dan kenikmatan, ada saudara mara kita yang sedang berhadapan dengan bala bencana, ada yang menjalani ibadah ini dengan berjuang di medan perang, sedangkan ada saudara mara kita sedang enak menjamah makanan bersama keluarga tercinta, tidak kurang juga yang akan dicela kerana melakukan banyak pembaziran pada bulan yang mulia ini. bagi aku, walaupun aku tidak banyak masa yang dapat aku luangkan bersama keluargaku setiap kali menjelang ramadan, aku redha demi kewajipan ku dalam menunaikan amanah yang di pikul, aku tetap bersyukur kepadaNya dengan apa yang dikurniakan padaku hari ini

6 comments:

Jamal Abd Rahman said...

Alhamdulilah..sib baik tak betoi tsunami tu....kalu dak gempaq first day posa...hehehe

fysal said...

gempa bumi dah betui2 terjadi, amaran tsunami tetap perlu di awasi bila gempa dah berlaku..semua itu itu boleh dianggap selamat selepas beberapa jam gempa berlaku dan melihat kesannya pada pantai, Alhamdulillah selepas jam 11.15pm, Indonesia mengesahkan keadaan selamat tanpa tsunami. barulah kami di sini boleh staddown Yellow Alert.

Shunjike7 said...

dugaan di hari pertama ramadhan...apapun keje seharian tetap perlu diteruskan seperti biasa...

fysal said...

Betui tu shunjike..kerja seharian tetap di teruskan

uMIe MieSYa said...

Salam fysal... alhamdulilah tsunami tidak berlaku.. :) pepon, kita seharusnya berhati2 kerana dugaan2 dari allah pasti ada walau dalam apa jua bentuk dan keadaan...

Selamat menjalani ibadan puasa di bulan yg penuh barakah ini...

TokNabe said...

Alhamdunillah tsunami tak terjadi...kesian umat islam di samping menjalani ibadah puasa terpaksa pulak berdepan dengan musibbah. Moga Allah lindungi umat islam seantero dunia.

 
Copyright @ 2009 In My Life: Amaran Tsunami | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top