Debaran Berakhir

| Date: 2007/09/17 |
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

sejurus selepas dikeluarkan melalui LSCS..

___________________________________________________________________

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sejam selepas di lahirkan...


Syukur Alhamdulillah, penantianku selama hampir 9 bulan berkahir hari ini, Puteri Sulongku telah selamat dilahirkan melalui pembedahan pada jam 6.39 pm. Puteri sulong ku ini dilahirkan selamat dan sempurna sifatnya dengan apgar score 9/10, beratnya ketika dilahirkan adalah 3 kg.

di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Terima Kasihku kepada semua Staff labour Room, wad materniti, staff OT, Dr Rashdan, DR Nurul Asyikin, Dr Yee Mya dan Dr Tan Tan Win yang begitu cekap mengendalikan kelahiran anak sulongku ini sehingga selamat. Tak lupa juga kepada semua rakan-rakan yang mengenaliku yang turut mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga. tak Lupa yang mengundi jantina anak sulongku, memang tepat sekali ramalan korang anak aku ialah anak perempuan, sebenarnya aku sendiri tidak tahu akan jantina anakku sebelum ini, kerana beberapa kali UltraSound Scan dilakukan, kami masih gagal mengetahui jantina sebenar anakku sehinggalah ianya selamat dilahirkan pada hari ini. memang supprise jugak buat kami berdua..undian telah aku tutup mulai malam semalam dan keputusan dari undian pengunjung blog aku adalah 57% (19 orang) telah menduga kelahiran anak sulongku ini anak perempuan manakala 14 orang lagi atau 42 % menduga jantina anakku lelaki.. apapun segala teka-teki telah terjawab ..terbukti jawapan berpihak kepada pilihan majoriti..macam tau-tau ajer korang

Satu lagi berita yang mengembirakanku, tepat pada hari ini juga aku telah mendapat Surat pertukaranku dan mungkin pada bulan hadapan aku akan berpindah ke Negeri Perak untuk bertugas di sana, Mungkin Isteriku juga akan mengikut jejak langkahku pada bulan hadapan kerana isteriku juga akan mengikutiku di dalam pertukaran ini, soal ini semua akan aku selesaikan kemudian, yang penting sekarang semuanya sudah selamat...

due date :27-9-2007

born in 17-9-2007, early 10 days before due date

in 38/52-3/365...

25 comments:

arsaili said...

faisal, di doakan agar nurul faiqah atiqah menjadi anak yang solehah dan berjaya. Birthday dia tak bole lupa sebab sama birthday ngan adik second bongsu..ehehe..

fysal said...

ye ker??kebetulan pulak..beberapa minit selepas sepupu fysal meninggal dunia, anak fysal pula selamat dilahirkan

echah_syed said...

cutenyer bb girl..rase nk cubit pipi tue..bila combi nmpk je bb msti rasa sebak sbb 1st time lahirkan bb sakitnyer tuhan je tau..lame lg tu mayb smpi 14 ke 20 jm..tp bila dah slmt..ilang sume sakit..syukur tuhan anugerah yg x trnilai!tol x 5sal?doa combi nur faiqah atiqah mnjadi anak yg solehah.amin

mass said...

tahniah buat 5sal dan intan diatas kelahiran nurul faiqah atiqah...betul jugak tekaan mass hehe...terkejut gak dpt tau dah bsalin. sebaik tergerak ati nak bukak entry 5sal pg ni. :)

fysal said...

mass ko pandai2 plak tambah nurul..NUr ajerlah mass

KhaL said...

tahniah 5sal. rasanya smalam baru aku ckp psl anak ramadan. arini dah kuar. hehehe. siap leh tukar balik perak. rezeki anak tu

MINAH CELOTEH said...

congrats...comel sungguh

AiRynnz said...

alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi di atas kurnia-Nya
tahniah buat fysal & intan...semuga hadirnya nur faiqah atiqah akan menyerikan lagi rumahtangga fysal & intan...

sebol said...

Tahniah Fysal dan Isteri.

3 kg, 10 hari sebelum expected due, kira cukup normal.

TokNabe said...

tahniah faisal dapat baby girl, skrg tgh bercuti la. Saya doakan semuanya selamat.

p/s :
Mmg bangga menjadi ayah ni sbb nanti bila berjumpa sesama rakan lama pasti soalan yang pertama yang ditanya berapa anak kau sekarang bukannya berapa harta kau sekarang ada atau bla..bla..

TokNabe : ayah kepada sepasang putera dan puteri.

shay said...

Assalamualaikum.... wah tahniah kawan sekampung kita sorang nih dah dapat anak... nanti kita lak... Ahaks... comel la baby tuh... kita lak yang suka... teruja sangat... raya ni kita tak balik kg... kalau balik mesti kita boleh singgah sana kan....

Apa2 pun kita nak ucapkan tahniah... kirim salam kat intan yerk.... kita pun tumpang seronok gak la.....

Dandelion said...

Tahniah Fysal. Wah bestlah hari raya nanti ada orang baru. Bertambah meriah la. Comelnyer baby tu. Moga isteri fysal pun cepat2 sihat :)

Ina

inah said...

cumelnyaaaaaaa...=)..tahniah bro

cikin said...

chubby nyer dia.. kalau dekat dah lama kena cubit² pipi dia. heheh..

anyway, congratz fysal..
hadiah plg bermakna di bulan puasa.. :D

noamee said...

alhamdulillah segalanya selamat..tahniah fysal..sedapnya nama..semoga atiqah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik dan solehah..amin

terkenang kembali masa akak lahirkan anak sulong akak allahyarhamah wani dulu..akak juga melahirkannya secara ceasarian..

semoga intan juga dialam keadaan sihat waalfiat.

.::{ uMIe }::. said...

Subahanallah.. indahnya anugerah tuhan yg satu ini.. tak puas rasanya melihat wajah NUR FAIQAH ATIQAH.. Semoga dia membesar dengan sihat.. dan kak intan juga sihat. ameen..

Shaira said...

Tahniah to Fysal & family atas kelahiran baby baru. Comelnyer~

Tahniah jugak atas pertukaran ke Perak. Rezeki dtg jugak pd Fysal :)

fysal said...

to shay- insyaAllah..fysal balik raya nanti..kita jumpa kat sana yer..

to dandelion..Alhamdulillah..Fitrahpun fysal akan bayarkan untuk dia sekali

to inah- thanks

to Cikin..semua kata cam tu..geram tgk pipi dia..tapi abah dia yang selalu gosok dgn jari kat pipi dia..

To Kak Mie- yang pergi kita doakan semoga berbahagia di sana..semua itu adalah saham kak Mie di sana..sabarlah ye ka mie

To Umie- begitu terharu mendengar kata-kata umie

To Shaira- Thanks shaira

auroralina said...

salam,

Congrats! dpt baby baru comel sungguh nama pon sedap di sebut. Masya Allah.

terkenang akan pengalaman saya masa ngandungkan anak sulung susah tul nak scan akan jantinanya..tup tup! dah lahir gembira tak terkata..yg 2nd (boy) senang scan jantina..tp kedua2 saya c-section coz takleh lahirkan ngan normal. Apapon alhamdullillah di kurniakan sepasang. pasni dah takdak lg dah hehe...

Selamat berpantang utk isteri Fysal..semoga isteri, baby serta sekeluarga sihat walaafiat hendaknya. :)

fysal said...
This comment has been removed by the author.
fysal said...

hardcore-hardcore fysalpun terasa sebak menahan air mata kegembiraan bila terpandang ayu wajah anak kecil ini semasa dilahirkian..Alhamdulillah kepada tuhan yang mengciptakan perasaan kasih dan sayang tak ternilai harganya

auroralina said...

salam,

Fysal, ni saya nak share sket petua pas bersalin secara pembedahan.

Masa dlm pantang di nasihatkan isteri Fysal jgn lasak sgt buat keja2 rumah atau angkat berat2. Setakat berjln kat dlm rumah tu tak jadi masalah sbb masa saya kat sepital nurse/doktor suh berjalan lagi pas terlantar 2 hari kat sepital hehhe...kalo isteri susah nak bangun suh tarik nafas dulu baru leh bangun ka berdiri..camtu saya buat...mmg sukar...lagi2 kat tempat luka tu saya letak pad or towel lembut sbb tak selesa sgt.

lg satu kenalah support isteri byk2 sbb dia masih penat tgh dlm pantang dan dlm kesakitan takut nanti terkena angin kus-kus ka apa sbb saya pernah mengalaminya (masa 2nd baby) nangislah mcm tak mo pandang aje baby tuh tak mo dekat2 apa, mcm2 kat otak nih lbh2 lg kalo somi gi keja bila angin kus2 tu dah dtg time tuler jugak mengucap selawat byk2. tp family ada kan tentu tk jd masalah nyer. time pantang saya dan anak2 sj, keluarga plak jauh kat msia. sibaik mak mentua saya turun ke sini dan sedikit pertulungan nurse dr Capital Health. angin kus2 tu di panggil 'postpartum depressed'.

ttg pantang bab2 makanan, saya tak pantang sgt makan aje janji tak ambik makanan yg terlalu pedas spt lada/chili atau serat tinggi takut terkena sembelit nanti hehe. Pantang orgtua2 makan ikan haruan baik juga utk luka di dlm. masa saya dulu makan sup ayam, makan byk prune dan sayur2an..takda prune buah betik pon boleh. Biasanya gitulah c-sec lain sgt dr pantang bersalin normal, c-sec takleh pki bengkung pas 6 bln baru leh pki. ttg urut boleh urut asalkan tak sentuh kat tempat luka tuh..saya dulu 3 minggu baru urut tp hubby yg tulung urutkan hehe. :)

maaflah terlalu panjang plak kalo ada yg saya lupa nanti Insya Allah saya tambah lagi yer.

regards
Auroralina

aria ayumi said...

alahai... cumelnya anak die... tahniah fysal :)

Carneyz said...

Fysal,

Suka tengok anak Fysal ni sbb muka dia bulat n pipi dier chubby! :) Saya doakan bila turn kiteorg dpt baby gak, dapat anak yg chubby cam Faiqah nih ;)

Fauziah said...

tahniah. smoga bertambah ceria kehidupan korang berdua. moga faiqah jd anak yg solehah.gembira sekali dgr berita ni. tahniah gak kerana dpt tukar. mmg rezeki anak ni...hadiah bulan puasa.dpt anak, dpt tukar, dpt naik gaji...benar2 rezeki. Alhamdulillah.

 
Copyright @ 2009 In My Life: Debaran Berakhir | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top