Rosak

| Date: 2007/09/11 |
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
sampai beginilah jadinya penutup utama shower bilik mandiku yang dikerjakan oleh aku


aku ingatkan kerja plumber ni senang, rupanya susah jugak. tapi keadaan paip rumah aku memang tidak bolehkan aku berbuat apa-apa kerana ianya sudah terlekatkan dengan simen dan ini menyebabkan aku tidak boleh membuka bahagian penutup laluan utama air di shower aku. Punca aku nak buka bahagian penutup inipun sebab getah pelompat atau washer dalam batang paip shower aku sudah mula haus dan tidak berfungsi lagi untuk mengawal laulan air di shower aku ini...
akibatnya aku perlu menutup punca utama bekalan air ke rumah aku demi mengelakkan pembaziran berlaku, mulanya memang aku fikir nak panggil plumber aje untuk selesaikan masalah paip di rumah aku ini,
tapi aku terfikir jugak, kos yang perlu aku tanggung mungkin akan menelan belanja beratus ringgit apabila dinding mozek bilik airku mungkin akan dipecahkan kerana ingin menggantikan penutup laluan air showerku itu.
akhirnya, inilah yang penyelesaian yang aku pilih bagi menyelesaikan masalah kerosakan paip di rumahku ini....

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

2 comments:

TokNabe said...

Bukan senang nak buat kerja yang nampak senang. Betul tak?

fysal said...

huhu betui tu..sebab tu kena pandai fikir mcm mana nak jadikan kerja susah itu menjadi senang

 
Copyright @ 2009 In My Life: Rosak | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top