tempat baru

| Date: 2007/09/24 |
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Setelah puas memujuk merayu ke bahagian pengurusan pertukaran, akhirnya aku ditempatkan ke sini jugak, tempat yang memang kalau boleh tu aku tak nak pergi, Klinik Kesihatan Selekoh,
tapi apakan daya, demi tugas dan amanah yang telah aku ikrarkan, aku terpaksa akur dan menurut perintah pihak atasan untuk posting sementara di kawasan ini, aku sebenarnya tak kisah kalau aku ditempatkan di air ganda(grik) sekalipun, janji masa perjalanan untuk aku ke utara taklah mengambil masa yang lama, selepas melapor diri di JKN Ipoh, aku terus ke PKD Hilir Perak dan hari ini aku telah mula meninjau2 kawasan tempat baru aku akan bertugas di samping melapor diri di sana, masa perjalanan yang aku catatkan dari Klinik Selekoh ke rumah aku di Pt Buntar adalah selama 3 Jam 15 minit, aku akan memulakan tugas aku di KK selekoh secara rasminya pada 8/10/2007.

hari ini aku ditemani adik aku hanya sempat berbuka puasa di Changkat Jering di dalam kereta dgn menikmati satey beberapa cucuk dan jugak air tebu sebagai juadah berbuka semasa dalam perjalanan pulang ke rumahku di Pt Buntar. aku rasa lepas ni lagi susahlah aku nak online selalu sebab tak pasti kemudahan streamyx disediakan atau tidak di sini..apapun aku tetap bersyukur dengan pertukaran ini kerana aku tidak lagi perlu bersesak-sesak untuk menaiki feri setiap kali aku hendak pulang ke kampung halamanku..

4 comments:

echah_syed said...

3jam okla bole blk nek keta..combi ni kt sabah..3jam gak turun kt penang tp tambangnyerr bole isi minyak keta 5x pulang blk dr selekoh ke pbuntar..hukhuk :D

fysal said...

sabah kat ner combi??kk ker??

TokNabe said...

Selamat bertugas di tempat baru yek..

Jie said...

Bagan Datok tu...pernah la pergi...dkt dgn kg mertua kakjie ni..adik ipar pun kawen org sana tu...

moga rezeki melimpah ruah...dgn kerja tempat baru..dah cahayamata

 
Copyright @ 2009 In My Life: tempat baru | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top