Air Mata Ramadan

| Date: 2007/09/21 |


Ramadan tahun ini digemparkan dengan berita penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui mati dalam keadaan mengaibkan dan menyayat hati, mayatnya telah diseksa dengan disumbatkan buah terung dan timun sehingga rektum dan ususnya pecah, DNA keatas mayat tersebut disahkan mayat Arwah Nurin Jazlin Jazimin,

aku sangat sedih melihat berita ini disiarkan di kaca tv malam ini, tanpa disedari air mataku dan isteriku menitis di pipi ketika melihat berita ini disiarkan di TV3, bagi rakyat negara ini yang mempunyai hati dan perasaan, pasti akan turut menangisi dengan berita sadis ini, walaupun kita tidak ada ikatan persaudaraan dengan keluarga Arwah, namun pasti kita mempunyai perasaan simpati dan kasihan di atas insiden yang berlaku ke atas keluarga arwah.

Harapan aku, memang patut si penjenayah seksual kanak-kanak ini di beri balasan setimpal di dunia ini, kalau ikutkan aku, kalau ikutkan perasaan marah aku, aku lebih suka si penjenayah itu mati di seksa hidup-hidup, kalau dia melakukan kekejaman dengan meletakkan buah tomato dan timun di dalam rektum, kalau aku biar kita letakkan seekor ikan puyu yang berduri hidup di dalam lubang rektum dia, sekali ikan itu berkodek, pasti cukup menyeksakan si pelaku jenayah tersebut, lagi bagus di siarkan secara terbuka, live untuk tontonan awam agar penjenayah seksual kanak-kanak dan wanita tidak akan berani lagi melakukan jenayah terkutuk ini, kepada bapa arwah Nurin Jazlin, saya mengucapkan salam takziah, your are the stronger Father i saw, anggaplah ini semua sebagai saham akhirat, semoga arwah akan datang membawakan minuman di akhirat kelak kepada ayah dan ibu mereka di Syurga. Anggaplah semua yang berlaku ini sebagai ujian dan pasti ada hikmah disebalik peristiwa ini..Al-Fatihah..

9 comments:

.::{ uMIe }::. said...

al-fatihan buat arwah adik nurin.. dah takziah buat keluarga arwah.. ape yg berlaku telah tersurat.. ape yg perlu kita lakukan sekarang ialah berdoa semoga penjenayah bertopengkan syaitan dan berhati perut hanjenggg itu segera di tangkap dan menghukum dengan setimpalnya..

Pssst : Idea meletakkan seekor ikan puyu yang berduri hidup di dalam lubang rektum si penjenayah tu bagus jugak.. haha biar dia rasa ape yg budak2 tu rasa.

TokNabe said...

Kisah ni memang menyedihkan. Semua orang tau kisah ini, orang normal tak akan buat benda2 cam ni. Cuma sekarang kita berharap agar si pejenayah ni akan ditangkap dan diadili.

mass said...

al-fatihah buat adik Nurin dan takziah buat keluarganya.

memang orang buat keje terkutuk neh sakit mental...aku setuju ngan cadangan ko tue 5sal biar perogol2 dan pesalah2 seksual neh serik. klu terjumpa ngan org2 tue aku kerat jerk 'anu' dia...

* aku nak save guting & pisau lam hand beg.

Carneyz said...

Salam Fysal... :) Mesti tgh menidurkan baby skrg ni. hehehe. Hmm.. sbnrnya dia sumbat terung ngan timun, bukan tomato. kesian dgn arwah, mesti sgt terseksa saat2 kematiannya. semoga Allah membalas kejahatan pembunuh dia berlipat2 kali ganda...

Jun :) said...

ya fysal..mmg sedih sgt2...sebak j setiap kali baca citer dia...

fysal said...

ralat bukan tomato terung..kesilapan amat dikesali :D

echah_syed said...

byk hikmah dsebalik peristiwa yg menyayat hati ini..kita dmnta muhasabah diri..sesungguhnyer sume pun dgn izin yg diatas!al-fatihah utk adik nurin.

chot said...

jika M'sia buat hukum hudud dah kena rejam dgn aku si pembunuh mental ni...

fysal said...

aku Sokong Hudud..sebab ini hukum yang telah termaktub di dalam kitab Suci Al-Quran

 
Copyright @ 2009 In My Life: Air Mata Ramadan | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top