berita Gembira II

| Date: 2007/10/26 |
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

kalau bab makanan yang paling aku suka kat area selekoh dan bagan Datoh ni ialah menu ketupat dan satey yang original made from orang jawa di sini..memang rasa keaslian menu nusantara yang dibuat oleh orang jawa di sini cukup aku suka dan aku gemari..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

beginilah rutin kehidupan aku di Klinik, tak cukup kerja selama 7.5 jam di Klinik, balik rumah kena buat home work lagi..nak buat laporan itu, laporan ini, itu tak termasuk merawat kes2 kecemasan selepas waktu pejabat lagi, memang tak menang tangan aku dibuatnya di sini..tapi itu semua tak perlu aku hiraukan kerana aku juga telah mendapat perkhabaran gembira dari Langkawi mengenai isteriku...

berita gembira ke dua yang aku perolehi ialah berita pertukaran isteriku ke JKN Perak pada tanggal 1 Nov ini, cuma aku tak pasti isteriku akan ditempatkan di hospital mana selepas ini. aku harap isteriku akan dapat di sebelah Utara Perak, sebab kalau isteri aku dapat belah sana, proses pertukaran aku akan menjadi mudah dan cepat selepas ini...

0 comments:

 
Copyright @ 2009 In My Life: berita Gembira II | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top