berita Gembira

| Date: 2007/10/25 |
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

berita gembira dari isteriku, anak aku makin bertambah berat badannya menjadikan berat badannya 4.9 kg sekarang, rambutnya juga makin cepat memanjang..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

bayaran insentif pos baik juga sudah diluluskan oleh JPA kepada anggota yang mempunyai posbasik dan bertugas di dalam unit yang berkaitan dengan kelulusan pos basiknya.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

bagi aku, walaupun tempoh untuk aku memohon pos basik ini hanya akan diluluskan selepas aku disahkan di dalam perkhidmatan aku di dalam jawatan ini, namun ianya sedikit sebanyak memberikan motivasi kepada aku dan juga ahli paramedik yang lain untuk sama-sama meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di dalam lapangan kerja dengan kelulusan pos basik yang dimiliki, bayaran insentif ini pada aku adalah sebagai bonus untuk bayaran yang setimpal dengan pengetahuan dan kecekapan yang dimiliki oleh anggota paramedik yang memiliki pengetahuan lanjutan dari kursus posbasik yang dimiliki mereka..Syukur Alhamdulillah..

3 comments:

arsaili said...

wah..rezeki anak la tu...makin besar dah baby ye

awang semutar said...

Kesal kerana pos basik PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER tidak termasuk dalam senarai untuk bayaran insentif. Hmmmm geramnya.

fysal said...

tapi tgh fight kan awang..

 
Copyright @ 2009 In My Life: berita Gembira | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top