Jamuan Raya Kampung Sg Hj Muhammad

| Date: 2007/10/28 |
hari ini ada jamuan hari raya di kampung sg Hj Muhammad di dalam kawasan Selekoh, ramai juga yang hadir hari ni..


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Pengerusi majlis , Hj Bakhtiar membuat kejutan kepada aku dengan mengumumkan namaku selaku Pen. Peg. Perubatan yang baru tiba di Klinik Selekoh bagi menggantikan Shahrul, naik segan aku bila Hj Bakhtiar siap jemput aku duduk semeja dengan tok penghulu kampung, driver ambulan abang Pin dah blah lari duduk dibawah khemah, hampes abang Pin, kalau aku tau, aku suruh Hj Bakhtiar jemput sekali dan tarik tangan abang pin untuk naik ke dewan utama..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

menu makanan hari ni, macam biasalah, kalau takder makanan tradisi orang jawa di sini memang tidak sah, soto ayam dan soto daging merupakan menu pilihan utama untuk orang ramai, kuah ketupatpun boleh tahan sedapnya..

Kepada Pengerusi JKK dan ahli JKK kampung Sg Hj Muhammad, kami dari pihak Klinik Kesihatan Selekoh mengucapkan ucapan terima kasih di atas jemputan yang diberikan kepada pihak kami...

6 comments:

Wanpetunjuk said...

Salam ziarah blog...dari kak SitiLina (yang baru sahaja dapat baby 'Hafiy'), gambar Hafiy berusia 15 hari dan 17 hari ada dipamerkan di dalam blog Chronicle, demi memenuhi permintaan Kak SitiLina...check it out!!!

Ako Retna said...

APA??? fysal bakal jd ketua kampung??? wah bagus bagus jgn lupa kwan.. :p

ILA said...

WAH!WAH!!rasa bangga ok duk sama dgn ketua kampung.
Bgitulah cara mereka utk mghormati 'orang baru':)

Anonymous said...

wuhu.. macam crita zombie kamung pisang

fysal said...

hang jangan aza..karang ada betui zombie kampung pisang ni mampuih aku..

fysal said...

karang ada zombie betui, tak pasai2 aku kena jadi medical assistant sofie.. "saya selaku medical assistant kampung ini merasa satu tanggunjawab bagi memulihkan keadaan dikampung ini" ayat ma sofie :p

 
Copyright @ 2009 In My Life: Jamuan Raya Kampung Sg Hj Muhammad | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top