TIMUN TIKUS

| Date: 2007/10/30 |
Sebelum ni ada orang bertanya kepadaku, bagaimanakah rupanya buah timun tikus ni?? tapi baru hari ni aku terperasan rupa-rupanya pokok timun tikus ni masih banyak disekitar kuaters kediamanku di Selekoh ini, Pokok ni jenis pokok liar, aku pun ingat pokok timun tikus ni dah pupus dah di era millenium ni, sebabnya mana orang tanam pokok timun ni, yang aku ingat last aku pernah petik buah timun tikus ni masa aku sekolah rendah dulu bersama seorang kawan aku yang mula-mula memperkenalkan aku kepada buah timun ni.


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Timun ni kalau dah masak berwarna merah seperti buah ceri..nampak menarikkan..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

ini lah saiz sebenar timun tikus, tak sampaipun besar buah ceri atau buah cermai, kecil aje timun ni, kalau tak silap aku, dulu-dulu memang orang ambil dan makan timun ni sebagai ulam, kalau yang hijau dan muda seperti di atas, memang pahit rasanya, tapi timun tetap timun, rasanya tetap sama seperti timun besar..



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

9 comments:

Alam Setia said...

cantik gambar tuh

fysal said...

terima kasih..

drNO said...

pertama kali dgr nama timun tikus...tp pokok tu mmg dah slalu tgk di semak samun....

tic said...

ermm mula2 rase tak penah tgk...lpss tuhhh tgk yang full punye br clear.... rase nye penahh tgkk kott.. lawa lah gambarr tuh....cm fotografer pro lak...fsall neh.. :)

fysal said...

touchup skit ajer gambar tu..

mass said...

O...nie buah kelambu cina yg mass panggil la ada rasa masam2 manis. Gara2 nak makan buah nie la kena kejar dik anjing masa sekolah dulu.

YatT'S said...

dulu penah makan buah ni masa kecik2
tp tak tau nama dia
sekarang tak jmpa dah..

mama_ajaajim said...

penah makan buah timun tikus ni masa zaman kecik2 bila balik rumah arwah nenek. Yang hijuan tu ranggup dan yang dah masak ranum lembut sket.

Susah nak dapat pokok ni skr..dah pupus gaknya. Kalau cite dengan anak2 Mama sure mereka melopong..huhuh

Sek.Keb.Nampasan Ranau said...

kalau tak silap timun ni nama saintifik dia: "Melothria Affinis King". Jaga baik timun ni,,,,benihnya mahal ni.....
Suhainin suhaibul
Ranau, Sabah.
0178951962

 
Copyright @ 2009 In My Life: TIMUN TIKUS | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top