Baru Sampai Rumah

| Date: 2007/11/21 |
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Diam tak diam rasa cepat ajer masa berlalu, tau-tau dah habis kursus aku di sini, dan hari ini aku harus berangkat pulang ke Klinik aku semula untuk memulakan tugas aku pada besok hari. Sebenarnya kursus sebegini memang seronok sangat bagi aku, walaupun perkara yang diajarkan di sini hanyalah kebanyakkannya basik dalam Ms Office, tapi aku tak kisah untuk hadir ke kursus begini disamping dapat berkongsi ilmu dan pengalaman aku kepada mereka yang betul-betul masih belum mahir menggunakan perisian tersebut. Selain itu Kursus ini juga mengumpulkan semua anggota Kesihatan dari pelbagai bidang yang selama ini sibuk dengan kerja dan profesion masing-masing dan bila adanya kursus sebegini, kami seronok apabila boleh berkongsi berbual pengalaman kerja dari bidang masing-masing di sini.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Suasana di dalam Lab Komputer aku, meriah sgt dengan telatah rakan-rakan setugas aku yang pandai belawak jenaka..Mau tak haru dibuatnya bila anak murid lebih berumur dari pensyarahnya..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

bergambar kenang-kenangan bersama Pengajar dari Kolej komuniti Pasir Salak dan
anggota Kursus.

Aku harap kursus sebegini perlu diteruskan untuk anggota-anggota kesihatan yang betul-betul berminat tetapi tidak diberi peluang untuk menerokai ilmu perisian komputer ini. Pusat Latihan Felcra ini bagi aku tempat yang best sgt untuk melakukan sebarang seminar dan kursus di sini kerana persekitarannya dan landskapnya yang cantik serta tenang.

2 comments:

arsaili said...

uiksss..musti bertambah terror nih ....

TokNabe said...

lagi mantap le ilmu IT nanti. Selamat berkursus., tapi dah abis la kan.

 
Copyright @ 2009 In My Life: Baru Sampai Rumah | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top