Thalassemia
Thalassemia sebenarnya sekarang ini menjadi satu daripada penyakit gen yang agak membimbangkan rakyat di negara ini, Thalassemia merupakan penyakit mutasi yang dibawa oleh gen sama ada dari pasangan lelaki atau pasangan perempuan yang telah berkahwin dan dibawa kepada gen anak yang dilahirkan. secara ringkasnya Thalassemia ini akan mencacatkan jangka hayat darah anda yang secara normalnya dapat hidup selama 120 hari,
Sebenarnya program untuk saringan Thalassemia untuk pembawa ini masih belum dijalankan secara rasminya di negara ini, tetapi jika ada dikalangan pesakit yang secara sukarela datang untuk menjalani ujian darah sebagai saringan awal adalah amat di alu-alukan dan segala maklumat adalah rahsia, di pihak kami, kami mengharapkan agar anda datang membawa bersama pasangan anda (jika ada perancangan untuk berkahwin).
Pada perancangan akan datang, program saringan untuk menentukan sama ada anda atau pasangan adalah pembawa penyakit Thalassemia ini mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
boleh x wat pemeriksaan thalassemia ni kat klinik kesihatan aje @ perlu ke hospital.
buat di klinik dulupun boleh mass..
Post a Comment