dah jatuh di timpa tangga

| Date: 2007/12/06 |


dah jatuh di timpa tangga, kenangan hanya tinggal kenangan..sudahlah jatuh..terburai pulak isi perut..sudah malang ditimpa lagi malang..habis segala catatan aku seperti no id dan pasword KWSP aku, no slip gaji aku..dan segala-galanya nombor telefon sahabat handai aku telah hilang dari pandangan mata aku buat selama-lamanya..

Di Kesempatan ini, aku minta sangat-sangatlah kepada sahabat handai aku agar sudi menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada aku..bukannya bantuan apa yang ingin aku mengemis di sini, cuma sekadar mengirimkan semula nombor telefon anda ke email aku di faisal@moh.gov.my kerana kebanyakkan nombor telefon korang aku simpan di dalam memori handphone aku.,nombor seperti Chot, kak meera, kak ret dan ramai lagi kenalan aku di dunia blogger ni yang dah hilang bersama kerosakkan handphone lama aku..atau dengan cara lain, sila fowardkan bisness kad anda ke nombor aku yang 017___9613 tuuu..


*Hari ni aku nak balik Selama, sebanyak 3 daerah akan aku tempuhi pada petang ini di dalam jarak 212 km untuk sampai ke pangkuan keluargaku....dalam jarak perjalanan aku yang jauh ini aku pohon kepadaMu agar di lindungi diriku dari bala bencana yang tidak aku ingini, kepulanganku hari ini adalah sebagai menunaikan tanggungjawabku untuk bersama anak dan isteriku yang jauh terpisah dari diriku, andai kata aku terkorban hari ini, aku redha di atas ketentuanMu ini..Kau ampunkanlah Segala dosaku..Kau peliharalah anak dan Isteriku agar sentiasa berada di dalam Rahmat dan KesejahteraanMu..*

8 comments:

9w2yvf - VF @ Yusairi said...

Salam fysal,

amboi semcm je citer kau pada 6 disember 2007 ni. Janganlah rasa resah sgt tentang handphone dan perjalanan kau ke Selama.

Yang penting sekarang berfikiran positif dan senantias berhati-hati masa drive ke Selama.

Bab hp kau tu, leh diganti lain. Cuma kalau kes hilang data phonebook kat hp tu aku rasa kau kena refer kedai hp utk get data semula. Kadang2 nampak je fizikal cam rosak tapi memory-nya tetap ada.

Apapun, nice blog from chinese je. hehehe. yeye je aku ingat .cn ni blogger from china.

regards,
pakLong / Yusairi.

fysal said...

yerla paklong, ajal maut ni bukannya hak kita, tapi harap janganlah berlaku perkara yang tidak diingini semasa kepulanganku ini

Anonymous said...

moga 5sal slamat sampai ke selama.

TokNabe said...

Berbaik jalan tu. Biasa kalau balik seminggu sekali ke?mmg penat tu sikit. Ambo dulu pun berulang jugak dari melaka ke johor tapi tak ler jauh sangat lbh kurang 150km je. Tapi betulah 5sal, keran tanggungjawab dan aksih sayang terhadap keluarga, sejauh-jauh jarak tu rasa macam sejengkal je. Apa2 pun hati-hati le wala dimana-mana sbb malang tak berbau.

Assalamualaikum.

izali said...

ni gambo masa lom betukar jd transformer ke? haha

Anonymous said...

salam fysal..siannya pasal handphone tu..sabaq je laa..

anyway..selamat berhujung minggu, semoga selamat sampai ke pangkuan keluarga..banyakkan membaca ayat2 AlQuran sepanjang perjalanan.. InsyaAllah selamat..

fysal said...

terima kasih mass..
tok nabe..kadang2 tu rasa marah jugak kat orang atasan..yerlah masa kita isi borang rukar dulu kita dah tulis maklumat peribadi kita termasuk status perkahwinan dan keluarga kita..letak tu klu selang dua atau satu daerah dari tempat yang kita pohon tu tahanlah jugak, ini 4 daerah selang baru nak jumpa keluarga kita, kerja2 jugak, tapi klu lah situasi begini diletakkan kepada diorang??apa plak diorang rasa..]fysal cakap begini sebab fysal tau maklumat mengenai kekosongan penjawatan sesuatu tempat tu di Perak. diorang tu tahu, tapi sengaja buat begini

to izali..rasanya dah tak boleh lagi nak transform..klu boleh reformat sekali dgn casing phone tu mau di reformat jadi N95 ajer..

to meen, thanks meen..Alhamdulillah..fysal selamat..skrg dah ada di Sg.Petani

Anonymous said...

dah selamat sampai..Alhamdulillah

 
Copyright @ 2009 In My Life: dah jatuh di timpa tangga | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top