Pediatric Update

| Date: 2007/12/05 |


Sehari Suntuk aku hari ni menjalani satu lagi kursus yang tak kurang pentingnya bagi anggota paramedik seperti aku yang berkhidmat di Klinik Kesihatan, Kursus Pediatric Update di Hospital Teluk Intan..gambar ini aku ambil ketika sesi demontrasi untuk melakukan teknik yang betul bagi Prosedur IntraOsseous, kita biasanya lihat infusi cecair dimasukkan melalui saluran darah yang dikenali sebagai vena, namun bagi sestengah indikasi sekiranya saluran darah vena tidak kelihatan atau 'collapse'.. selain dari teknik venous Cut Down, indikasi intraosseous juga boleh dilakukan bagi kes-kes kecemasan dimana pemberian ubat melalui darah dapat diberikan, teknik intraOsseous ini merupakan satu teknik di mana sebatang jarum ditusukkan terus ke dalam kawasan sumsum tulang kita untuk mengalirkan sebarang jenis ubat kepada pesakit sekiranya di dalam situasi kecemasan. Jarum yang digunakan berharga rm 100++ sebatang, Prosedur ini ada juga komplikasinya dan ianya digunakan untuk tidak melebihi 24 jam. kawasan yang biasanya ditusuk untuk melakukan prosedur ini adalah dikawasan 3-4 cm dari kawasan lutut.


Doktor Khoo menunjukkan cara memasukkan intoducer ke dalam jarum IntraOsseous..

Memang darisegi teorinya aku dah belajar benda ni masa di kolej, tapi disebabkan prosedur amat-amat jarang sekali berlaku, inilah kali pertama aku mencuba prosedur ini hari ini, guna isi dan tulang ayam memanglah rasa senang ajer untuk melakukan prosedur ini, tapi tak pasti pulak aku kalau dicuba kepada tulang manusia...

seksyen ini menerangkan tentang demontrasi untuk pengurusan saluran pernafasan kanak-kanak dan juga pemberian oksigen yang diterangkan oleh Dr Atikah..

0 comments:

 
Copyright @ 2009 In My Life: Pediatric Update | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top