Bergelap di Siang Hari

| Date: 2007/12/04 |
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Bengang betui aku terhadap mutu perkhidmatan TNB di kawasan Selekoh ni, apa yang sangat aku kesalkan ialah kejadian bekalan elektrik yang terlalu kerap terputus di kawasan ini. Sudahlah Balckout tanpa sebarang notis, bila Blackout sampai berjam-jam lamanya, akupun hairanlah, Takkanlah disebabkan kawasan Selekoh ini kawasan kampung, yang terpencil, tersorok dan jauh dari bandar takkanlah peralatan seperti kompenen yang digunakan di sini kesemuanya 2nd hand, yang tiap sebulan sekali nak kena tukor nak kena ganti ataupun kompenen yang di gunakan di area selekoh ini kesemuanya tunggu masa nak kondem ke??

yang aku tak puas hati sangat kat sini, sebab selama tiga bulan aku di sini, boleh dikatakan tiap2 bulan mesti akan berlaku Blackout, kadang-kadang tu dalam sebulan tu pernah dua tiga kali Blackout di sini, Janganlah main Politik kat sini, tahulah sini bukannya kawasan perlancongan, bukan kawasan yang berpotensi untuk di bangunkan sebagai tumpuan pelancong atau tumpun pedagang..

Tapi jangan dilupa, Klinik kami di sini ada pesakit, Klinik kami di sini ada ubat dan Vaksin yang memerlukan bekalan elektrik disalurkan terus-menerus 24 jam ke peti ais untuk mengelakkan vaksin kami daripada mati. Macam hari ni, berpeluh-peluh aku dan juga pesakit yang datang ke klinik aku kerana kerana kepanasan akibat bekalan elektrik yang terganggu lebih dari 1 jam..itupun jangan..ada hati nak mintak naik harga lagi tahun depan..



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Lupakan seketika pasal TNB, untuk makluman anda yang KAKI durian, sekarang ni kalau di Langkap dan area Seberang Perak, kini mereka di musim Autumn..ataupun musim gugur..kalau di Malaysia ni musim gugur atau luruh ni satu ajer musimnyer..Musim buah Durian luruh...aku tengok Durian dari Seberang Perak sekarang ni dah mula merebak hingga ke Sg. Besar Selangor...

0 comments:

 
Copyright @ 2009 In My Life: Bergelap di Siang Hari | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top