kalau faham..fikirkanlah..

| Date: 2009/04/16 |
Photobucket

A
ku puji dengan sikap orang Malaysia yang cukup peramah dan sensitif dengan keadaan jiran atau orang sekeliling mereka...

ada masanya bagus juga sikap suka jaga tepi kain orang ini, namun biarlah ia kena dengan tempat dan masanya.

perkara yang aku maksudkan ini ialah sikap waris pesakit yang suka meneru masuk ke bilik rawatan jabatan kecemasan di hospital aku bertugas. dah masuk ramai-ramai tu satu hal, yang paling aku tak berkenan suka jadi macam busy body pulak nak tanya keadaan pesakit di katil sebelah. tak perlulah nak tanya sakit apa, bila sakitnya..kalau korang boleh tolong beri rawatan dan membantu menyembuhkan pesakit tak apa jugak, tapi sebaliknya keadaan begini akan menjadi satu beban pulak kepada pesakit, sudahlah pesakit itu berada di dalam keadaan stress dan sakit, datang pula waris pesakit lain dari katil sebelah bertalu-talu menanyakan soalan kepada pesakit lain pula. bila keadaan waris pesakit melebihi dari anggota hospital yang bertugas terpaksalah kami memanggil pengawal keselamatan untuk mengarahkan waris pesakit yang tidak berkenaan keluar dari bilik rawatan, bila dah buat begini, di katanya pula anggota hospital menghalau mereka, jadi apa sebenarnya yang diorang nak??yang aku hairan..masa orang tua diorang masih hidup..masih sihat tak nak plak diorang berpusu-pusu meneru nak berada di keliling mereka, masa dah sakit..dah nazak baru nak berhimpun...baru nak duduk dekat mereka.kononnya nak tatap buat kali terakhir konon..masalahnya..kalau setakat berada di tepi katil dengan tidak berbuat apa-apa tak de maknanya jugak..bagilah ruang untuk anggota perawatan menjalankan tugas kami untuk cuba menyelematkan keadaan dari bertambah buruk..

8 comments:

JAMILKUCING said...

Itu dah menjadi tabiat orang kita fysal. kalau tak menyibok bukanlah orang melayu. kalau tak nanti nak bersembang tak ada topic.fysal kamu kenal tak cik din kg medan.

Bro_mie said...

pernah berada dlm posisi pesakit....tolonglah beri mereka privacy, 3-4 malam sblum masuk wad tak tdo tahan sakit, bila doktor masuk ubat baru la lega skit n boleh rehat/tidur....so leave them alone!

Myza Pesona said...

Itulah org kita! patutnya tahulah adab menziarah org sakit! Ni kalau ziarah org sakit, sampai 1 ajm pun ada! padahal, org sakit tu nak berehat! tapi kita ni pulak yg mcm tak faham! Bukannya org sakit tu lagi baik, tambah sakit lagi ada!

Meooo Comicore Club said...

adeh. rase nk nangis bc post2 cenggini....

teruskan perjuangan

Adry said...

tulang orang malaysia.. hehehe.. ada baik ... ada buruknya.. hehehe


Adry @ http://www.adrysabry.com

JAMILKUCING said...

Nasihat. dis ebab kan fysal selalu masuk blog abg jamil.ada orang akan antar blog yg die cipta hanya untuk membusukan nama abg jamil. kalau ada up to you to trust or not.i cannot say anything.only use your brain to think

grasias.

Oh ya tengah siapkan artikel tentang kehidupan abg jamil di
selama dulu. will publish soon. selama dulu dan sekarang lain.

shay said...

dah memang orang kita suka begitu nak buat macam mana...

tak semua orang paham situasi yang orang lain hadapi yang difikiran diaorang, puaskan ati diaorang dulu hal orang lain lantak la...

fysal said...

tu pasal aku post n3 ni shay..nak bagi orang kita ni faham dan bukak mata skit tentang situasi orang lain sama..tolongla jaga privacy pesakit lain jugak..that's why aku klu dah ramai2 masuk bilik rawatan aku akan arahkan JAGA suruh diorang keluar..

 
Copyright @ 2009 In My Life: kalau faham..fikirkanlah.. | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top