Sedim Tree Top Walk
eee..Gayatnya...
H
ari ni aku dan isteriku cuti, cuti kali ini dimanfaatkan dengan berkunjung ke Tree Top Walk, Sedim, Kedah, lebih kurang macam Tree top walk di Taman Negara Pahang, cuma di sini jambatan dibuat dari besi bukan macam di Pahang yang diperbuat daripada tali
bayangkan berjalan pada aras ketinggian melebihi 1000 meter di atas lantai dawai yang cuma sebesar ini, memang menggayatkan..
paras tertinggi di kanopi ini...
rasa macam senang aje nak kait buah petai dari atas jambatan ni
barulah aku tahu, rupanya Nama Kulim ini diambil dari nama sebatang pokok hutan..
permandangan Lata Sedim dari atas Udara..memang cantikkan..?
lihatlah kejernihan air sungai lata Sedim, dapat dilihat dengan jelas dasar sungainya walupun berada jauh di atas paras 1000 meter di udara..
sesi bergambar ibu dan anak
anak dan abah plak
Anak, abah Dan mama plak
dah lapar singgah makan di restoran Nasi Ayam Periuk Besar di Sungai Kob, Karangan, Kedah. Restoran Nasi Ayam Periuk Besar di Sungai Kob ini adalah Restoran Induknya, cawangannya sudah ada di Taiping, Parit Buntar, Kulim dan Sungai Petani, dinasihatkan kalau nak datang ke main restoran ini jangan datang pada hari Khamis dan Jumaat, kerana pada hari ini adalah Public Holiday diorang..akupun terlupa hari ni diorang cuti, so makan nasi putih biasa ajerlah..
Oklah setakat ini sahaja catatan perjalanan aku hari ini..dah lewat malam dah ni..jumpa lagi besok..selamat malam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
gila comei anak fysal ni..
gila yaya tgok..
sumpah !
terima kasih..itulah penawar duka di hati kami dan permata yang ada dalam hidup kami..
huih...best la hang slalu dpt jln2 jek...
erm...byk gak tmpt mnarik belah sana yerk....tringin nk g sana...tp klu dr sini jauh sgt la...huhuhu...
nasi ayam periuk besar??
ahaaha
kelakar bunyi
deqnaz..restoran nasik ayam periuk besar tu mmg femes di area kedah..sedap tau..itu induknya..cawangannyapun dah banyak dah skrg ..kenai mai utara baru tau,,
mamat..sekali sekala mai la ke utara, banyak tempat menarik kat sini yang boleh aku bawakan
Post a Comment