
M
alam ni penat jugak aku, aku baru aje balik dari KEDA Resort di kampung Bendang Man, Sik, Kedah dan sampai ke rumah kira-kira jam 8.30 pm td..

berkumpul di rumah kak chik di Guar Perahu, Penang..
perjumpaan alumni bekas pelatih perdatech ini di adakan untuk kami saling kenal mengenali di antara satu sama lain kerana keahlian alumni ini bukan sahaja terdiri dari kursus berbeza yang pernah diambil oleh kami, tetapi juga cuba untuk mengeratkan silaturahim diantara kami dari sesi yang berbeza, kebanyakkan mereka yang hadir adalah dari juniour aku yang memasuki di Pusat Latihan Perda (pada masa itu)ketika aku sudah lama meninggalkan pusat latihan itu...pada mulanya aku ingat tak nak join jugak, sebab kebanyakkan sahabat dari sesi aku ramai yang tidak join..dengan geng2 juniour plak seorangpun aku tak kenal.... boleh dikatakan memang aku tak pernah kenal diorang ( kerana tak pernah belajar dan tinggal satu sesi dengan diorang) tapi keakraban dan keramahan mereka membuatkan seolah-olah kami sudah lama mengenali di antara satu sama lain dan seolah2 sama-sama melalui sesi latihan di perda suatu masa dahulu..

melabuhkan pancing aku sebaik sahaja tiba di resort..ada banyak ikan woo

bergotong royong menyediakan makan malam

sesi bakar membakar

sesi makan...

turut hadir bersama, Pengarah Perdatech Encik Asri ( somebody please correct me if i wrong)

sesi penting jugak.sesi suai kenal dan mengetahui perkembangan terbaru ahli MANTAP

disebabkan khemah tiba lewat, maka operasi pemasangan khemah terpaksa di lakukan pada waktu malam..

oppss..my colourful Tent..small but comfort..my 1 st class Tent in jungle :D

ungun api juga perlu dibuat sebagai 'ubat nyamuk'
cukup dulu di sini untuk post hari pertama aku menyertai kem alumni MANTAP 2009 di KEDA..tunggu sambungannya pada esok hari..
0 comments:
Post a Comment