Hari pertama

| Date: 2009/08/23 |
Photobucket

Macam biasa hari ni..semua pakat malas nak masak..semua pakat serbu pasar ramadhan..hari ni aku berbuka bersama keluarga mertua aku di sungai petani, pasar ramadhan yang paling best yang aku pergi di sini ialah pasar ramadhan di Taman Ria..jalam jem..biasalah..yang cina dan indiapun mai tumpang sekaki..
malam ni aku bersembahyang terawih di masjid sungai lalang, aku kagum juga dengan seorang jemaah yang aku jumpa semasa aku solat tadi, bagi aku dia seorang yang boleh dikategorikan sebagai seorang OKU, walaupun dia OKU dan tidak segagah atau senormal orang lain seperti aku, namun aku lihat dia gagahi juga menghabiskan solat terawih sebanyak 20 rakaat + 3 rakaat witir.
kekadang aku terfikir, memang solat terawih ini sunat, tapi bagi orang mahu memikirkan akan kebaikan melipatgandakan amalan sunat di bulan mulia ini adalah orang paling bijak dan beruntung, sebab tu aku tak hairan orang dah berumur lebih dari separuh abad seperti ayahdaku masih mempunyai stamina yang kuat untuk menyudahkan amalan solat sunat terawih penuh sepanjang 30 malam di bulan ini..jadi apa alasan kepada golongan-golongan muda sebaya aku hanya sekadar menyudahkan solat ini cukup sekadar 8 rakaat sahaja, itupun buat jugak..yang tak buat langsung lagilah..

lainlah kalau kerja cam aku..dah memang terpaksa kena on duty merawat pesakit di waktu malam..apakan daya..tugas hakiki adalah rezekiku untuk menyara anak dan isteriku..akupun berharap boleh aku dapat melakukan solat sunat terawih secara berjemaah penuh di sepanjang malam ramadhan pada suatu masa nanti..

1 comments:

Nadia Yuna said...

Saya berbuka selama sebulan di masjid. dengan family. =)

 
Copyright @ 2009 In My Life: Hari pertama | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top