Mobile team Blood Bank unit

| Date: 2007/06/21 |



Hari ini Pihak Rebak Marina Resort menganjur program Derma darah di kalangan wargakerja mereka dan memberi penghormatan kepada pihak unit tabung darah bergerak Hospital langkawi untuk mengendalikan program kemasyarakatan ini. Usaha ini amat dipuji dan perlu dicontohi oleh badan korporat dan agensi swasta yang lain untuk memenuhi kekurangan bekalan tabung darah negara.




Perjalanan ke Pulau ini mengambil masa selama +-15 minit dari Pulau Langkawi, Suasana dan panorama permandangan di pulau ini amat indah sekali. Penyertaan aku pada kali ini adalah untuk membantu juruteknologi Makmal Perubatan dan jururawat yang turut sama-sama menjayakan program kemasyarakatan ini. Kepada Pihak Rebak Marina Resort, Ucapan Taniah dan Terima Kasih kami ucapkan atas sumbangan darah dari kaki tangan mereka, dan taniah juga kami ucapkan atas kerjasama dikalangan wargakerja mereka yang turun seramai 37 orang untuk menderma darah pada kali ini..

Kalau ikutkan kami boleh dapat 40++ pain darah semalam tapi aku terpaksa menolak 2 orang dikalangan mereka kerana mengalami masalah tekanan darah tinggi. mereka memang nampak bersemangat namun mungkin hampa dengan jawapan yang terpaksa aku berikan kepada mereka, ada jugak yang pertama kali menderma, itu yang paling aku puji..keberanian di kalangan penderma baru memang aku puji dan hormati..





don't try this at home


bergambar kenangan bersama kakitangan rebak marina resort

2 comments:

Anonymous said...

ee rindunya.. i pernah keje sekejap kat rebak marina resort tahun 2000... anyway i enjoyed reading your blog..

Shunjike7 said...

betulke kalau sesapa yang pernah ke luar negara, susah sikit nak derma darah?

 
Copyright @ 2009 In My Life: Mobile team Blood Bank unit | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top