Meriah Tapi sederhana

| Date: 2007/09/15 |
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

hari ketiga kita berpuasa, aku masih lagi berbuka di tempat aku bertugas, suasana meriah dengan suara PPk abg Halim dan Sn Naza menjadi kenangan buat kami yang terpaksa berbuka tanpa keluarga di sisi kami. walaupun isteriku juga bertugas di dalam shif yang sama denganku, tapi dia lebih selesa berbuka di unitnya bersama-sama rakan setugasnya. Alhamdulillah, mungkin besok barulah aku dapat berbuka bersama isteriku di rumah dan kalau di izinkan Allah, mungkin malam besok barulah aku berkesempatan untuk pergi menunaikan solat sunat Terawih berjemaah di surau As-Syakirin, Taman Kenari.

Walaupun aku rasa aku tidaklah berpeluang untuk melaksanakan ibadah-ibadah sunat di bulan Ramadan ini dengan sempurna, tetapi aku bersyukur, kerana ada lagi insan yang lebih malang dari aku yang telah Allah SWT tunjukkan padaku semalam, seorang Makcik tua mengadu padaku, dia teringin sangat hendak menunaikan ibadah Puasa sepertimana yang dilakukan oleh kita yang sihat ini, namun penyakit kencing manisnya sedikit sebanyak telah menghalangnya untuk melaksanakan ibadah ini dengan sempyrna, ini kerana Makcik yang aku temui semalam sebenarnya telahpun berada dalam keadaan koma Hypoglycemia (kekurangan gula dalam darah). sesudah rawatan diberikan barulah makcik itu sedar, mungkin sekiranya aku lambat sedikit dalam memberikan rawatan pasti nyawa makcik itu akan terancam, Akupun menyatakan kepada makcik itu, keadaan makcik ini bukanlah di kategorikan wajib lagi untuk berpuasa jika sampai ke tahap memudaratkan diri, bukan ini yang dimahukan islam, islam tidak mewajibkan ibadah puasa bagi golongan tua yang uzur. tapi aku faham situasi makcik itu, aku faham perasaannya..baginya bertemu ramadhan ini tidak semudah yang kita sangka kerana tiada siapa yang tahu adakah ramadan pada tahun hadapan kita akan bertemu lagi dengannya??
Kenapakah sesetengah orang Islam yang akil baligh yang diberikan kekuatan tubuh dan mampu berpuasa tanpa sebarang penyakit seringkali mengabaikan ibadah ini??sering kali puasa yang yok?? tepuk dada Tanyalah Iman...



2 comments:

TokNabe said...

Berbuka di opis...tak apa yang penting kewajipan kepada Allah tetap dilaksana dan tanggungjawab kepada masyarakat juga juga tidak diabaikan.

kakLuna said...

wah memang meriah dan banyak nya juadah :)

tentang puasa yang yuk tu...hmm..manusia selalu tak bersyukur diberi peluang skali lagi untk meningkatkan ibadah..smoga puasa kita terhindar dr perkara2 melalaikan.. :)

 
Copyright @ 2009 In My Life: Meriah Tapi sederhana | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top