Bagan Datoh II

| Date: 2007/10/22 |
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Bercerita pasal Bagan Datoh ni, inilah kali pertama aku menjejakkan kaki di kawasan Pekan Bagan Datoh ni, macam memalukan ajer ye, anak jati kelahiran Perakpun masih belum semua tempat di negeri kelahirannya dijejaki. sebenarnya semalam selepas aku meronda dengan abang Pin di kawasan pekan Bagan Datoh ini, aku amat tertarik melihat orang ramai yang datang memancing di jeti bagan datoh ini, akupun turut sama teruja untuk melabuhkan kail hikmatku di sini, petang itu juga aku mencuba nasib di hilir sungai Perak ini untuk memancing ikan di Kuala sungai Perak ini..


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Petang itu aku memancing seorang diri sahaja kerana abang Pin bukanlah "kaki" seperti aku, bila bosan dan tak tahu nak berborak dengan siapa, aku telah berkenalan dengan seorang pemancing di situ yang bernama Saiful, borak punya borak sampai tak sedar macam dah lama berkenalan..si Saiful ini lagi lama memancing sejak dari pagi semalam lagi, banyak juga ikan yang Saiful dapat, aku hanya memperolehi 4 ekor ikan sahaja petang semalam dengan seekor semilang, seekor gelama dan 2 ekor ikan belukang, kesemua ikan ini aku sedekahkan pada Saiful sebab dia kata dia memang makan ikan2 ini semua..aku memancing sekadar mencari kepuasan ajer...

2 comments:

TokNabe said...

Wow...mmg seronok memancing ni, sy dulupun mmg kaki pancing ni.Tiap hujung minggu tak penah miss tasik ke laut ke. Tapi sejak berkeluarga ni rasanya tak penah lagi memegang joran. Joran masih dalam simpanan tapi rasanya dah berkarat beb...Ada peluang boleh le join memancing sesama.

sy memancing pun kerana hobi....

fysal said...

nak turun ke laut dalam tu mungkin taklah..sekadar suka2 memancing kat tepi muara kuala tu bolehlah :D

 
Copyright @ 2009 In My Life: Bagan Datoh II | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top