Dari Selekoh aku Menulis II

| Date: 2007/10/18 |
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Secara ringkasnya majoriti penduduk di sini adalah berbangsa melayu dari keturunan Jawa, dan penduduk kedua teramai di sini adalah india dan sedikit dari bangsa cina, tetapi boleh dikatakan masyarakat di sini sama ada cina india dan melayu hidup dalam keadaan rukun dan damai, kira situasi nak nampak orang cina boleh duduk melepak semeja denga melayu di warung boleh lagilah aku temui di sini, kedudukan klinik aku berada di dalam jarak 15 km selepas Klinik Kesihatan Sg Sumun dan 15 km dari area Klinik Bagan Datoh. kira kedudukan klinik aku ni berada di tengah-tengah antara Sg. Sumun dan Bagan Datoh. Sekiranya ada kes yang hendak aku rujuk ke hospital rujukan, semestinya Hospital Teluk Intan adalah hospital yang paling dekat dengan aku, dekat tak dekat kira-kira 3 jam 30 minit jugalah sekali aku keluar merujuk kes ke sana.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Bagan Datoh memang sinonim dengan kelapa, tapi sekarang aku lihat selain pokok kelapa, pokok kelapa sawit juga merupakan sumber ekonomi penduduk tempatan. suatu masa dahulu, pokok koko juga merupakan sumber ekonomi bagi penduduk di sini, malangnya harga komuditi eksport bagi koko tidak setinggi kelapa sawit dan getah, maka industri koko di sini juga telah terkubur..


itulah serba ringkasnya mengenai apa yang boleh aku kongsikan mengenai tempat baru aku bertugas kini..orang kata tak kenal maka tak cinta..


" kita menyangka air yang berwarna kuning itu adalah air oreng dan yang berwarna merah itu adalah sirap, namun kadangkala kita tersilap boleh jadi air itu mempunyai rasa dari jenis buah yang sama iaitu buah tembikai walaupun warnanya tidak sama.."

3 comments:

echah_syed said...

fysal>>tol x? x kenal x cinta..bila dah kenal..trus jatuh hati..syabas fysal :D

~lama la dok sana nie ekk~

Alam Setia said...

Selamat Berhari Raya bersama keluarga. Selamat Bertugas ditempat baru.

TokNabe said...

Selamat menjalani kehidupan di tempat baru, lepas ni rasanya tak janggal lagi le dengan klinik tu lagipun rasanya keje office hour. Selamat hari raya.

 
Copyright @ 2009 In My Life: Dari Selekoh aku Menulis II | Design By: iEn | Best Resolution: 1024x768px | Best View: Best View: Firefox | Top